Sebelum ini Iqbal meluahkan rasa kecewa kerana kisah cintanya dijadikan parodi. Namun pelakon parodi terseut, Danial Zaini tak ada niat pun nak buat permohonan maaf.
Kata Danial dia akan minta maaf kalau Iqbal benar-benar membuktikan dia berkahwin dengan Vida dan bukannya gimik bagi melariskan jualan mereka. "Saya hanya akan mohon maaf kepada Iqbal selepas dia buktikan apa yang dia buat itu bukan semata-mata content untuk marketing busines dia. "Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf. Sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.
"Tak perlulah berlakon... sudah-sudah la tu. Kita hidup di zaman 2021, jadi jangan anggap semua orang tak tahu," katanya kepada mStar.
|
OyaTonggek: nama pun parodi...yihhhhh sgt kau ni ikebal. Tapayah mintak maap..dia igt dia sapa?
gaban_spacecop replied at 29-9-2021 04:47 PM
bab ni aku sokong danial....luga aku tgk iqbal ngan dsv ni
ADVERTISEMENT