Pennsylvania – Seorang lelaki bertindak membelasah isterinya sehingga ‘separuh mati’ selepas menerima panggilan video aplikasi FaceTime daripada wanita itu yang sedang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain, lapor portal berita MailOnline, semalam.
Suspek, William Atkinson, 34, mendakwa menerima panggilan video itu secara tidak sengaja ketika isterinya melakukan hubungan intim di dalam sebuah kereta berhadapan motel murah di daerah Somerset. Sebaik sahaja menerima panggilan itu, Atkinson bersama seorang rakannya terus menuju ke lokasi di mana isterinya sedang berada untuk berdepan dengan pasangan kekasih itu. Atkinson bertindak di luar kawalan apabila membelasah isteri dan kekasihnya dengan menumbuk, menyepak dan mencekik kedua-dua mangsa.
Menurut laporan polis, kekasih wanita itu bagaimanapun sempat melarikan diri. Saksi kejadian yang bertanggungjawab menghubungi pihak polis mendakwa mendengar bunyi tembakan dilepaskan tetapi tiada sebarang peluru ditemukan di lokasi insiden. Tiada sebarang kenyataan diterima daripada isteri Atkinson yang tidak sedarkan diri dengan darah mengalir dari hidung, telinga dan mukanya akibat dibelasah. Atkinson kini ditahan di penjara daerah sebagai ganti ikat jamin berjumlah AS$30,000 (RM125,550) yang gagal dibayar dan dijadualkan untuk perbicaraan pada minggu hadapan. – CARI Sumber: Kosmo
|
edayildiz replied at 29-9-2021 03:35 PM
next time letak hp jauh2 yach kalau nak mencurang..i pernah terbideo call abg ipar..nasib baik
mikasa replied at 29-9-2021 04:21 PM
Ni mesti sebb dah biasa record video ke? Tangan otomatik tertekan hp
edayildiz replied at 29-9-2021 03:35 PM
next time letak hp jauh2 yach kalau nak mencurang..i pernah terbideo call abg ipar..nasib baik
edayildiz replied at 29-9-2021 03:35 PM
next time letak hp jauh2 yach kalau nak mencurang..i pernah terbideo call abg ipar..nasib baik
trexxxxxi replied at 29-9-2021 03:34 PM
Hari ni berita curang saja
Cik_jantung replied at 29-9-2021 07:00 PM
Lenkali curang dalam phone jer laa.. kan trexxx kann
batmana replied at 29-9-2021 05:13 PM
letak apps lock stiap apps , senang klu tertekan tkle masuk
Cik_jantung replied at 29-9-2021 05:59 PM
Ko tgh buat apa masa tervideo call bil.ko itu.. haha
ADVERTISEMENT