CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Interior Seri Perdana, RM30 Juta Tersebar Di Media Sosial

30-9-2021 09:05 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12292| Komen: 88|Original author: Oleh: Cari-Azza




Kecoh tentang kos pengubahsuaian kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana bernilai RM38.5 juta yang didakwa satu pembaziran.

Di kala rakyat dan pemimpin pembangkang marah dengan nilai tidak masuk akal, netizen ini tampil memberi penjelasan bahawa kita perlu berbangga kerana ianya pasti akan lebih cantik bila siap nanti.

Maklumlah keluasan White House hanyalah 18 ekar, tetapi Seri Perdana yang mempunyai keluasan 42.5 ekar pastinya memberi impak pada negara.


Foto :Twitter

Untuk menyakinkan netizen bahawa kediaman itu cantik, turut disertakan bersama gambar-gambar di dalam Seri Perdana.


Foto : Twitter

Bagaimanapun, rata-rata netizen berpendapat rekaan dalaman Seri Perdana sepatutnya tidaklah sampai nilai jutaan tersebut.

Lebih teruk, apabila ramai mengatakan ianya nampak buruk, tidak bercirikan kediaman mewah.

"Tapi selalu tengok kat tv kalau pemimpin asing datang jumpa PM kat pejabat jer, takder plak jumpa kat Seri Perdana. Jadi bila masa guna kemudahan di Seri Perdana tu?"

"Memang taste orang-orang tua betoi interior dia"

Anda rasa lawa ke tak? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zara.melissa 30-9-2021 09:14 AM


Klu pemimpin luar negara kagum, rakyat yg bertungkus lumut utk hidup skrg dapat apa?
Quote Mini.Me 30-9-2021 09:23 AM
Tohnyee...menteri luar datang last2 jumpa kat opis jugak...takde pon bwk balek rumah
Quote grouper 30-9-2021 09:24 AM
Mcm rumah alip sukri n tok vida je deco die...low class sungguh
Quote kelapaparut 30-9-2021 09:28 AM
rakyat bodoh jugak asyik pi undi parti dan org yg same je, sementara rumah piyem dan menteri2 bagai istana kayangan, rumah rakyat yg dok selalu pangkah menteri2 ni mase pru tu serupe reban ayam, sampai next pru undi lg dieorg, pastu mbebel dengki dgn piyem tp bile sampai pru undi lagi org yg same..kejadahnye korang
Quote KIM.K 30-9-2021 09:29 AM
Waincosting punn...simple. Mana pegi duit tu.
Ingat gah sangat serupa rumah putih
Quote JohnyEnglish 30-9-2021 09:32 AM
zara.melissa replied at 30-9-2021 09:14 AM
Klu pemimpin luar negara kagum, rakyat yg bertungkus lumut utk hidup skrg dapat apa?

itu ayat sarkastik je aku rasa.mcm kita selalu kata 'takkan zahid hamidi makan rasuah sdgkan dia tiap thn pgi umrah tk pnh miss'.nmpk ayat biasa tp ada makkna lain
Quote bulalof 30-9-2021 09:33 AM
tak sampai 30 tahun bangunan dah rosak. bocor. wiring pun kena buat balik?

cost berjuta2 patutnya tahan berpuluh2 tahun.
Quote Suchi 30-9-2021 09:37 AM
Sorry tak minat dekorasi nenek2 ni,
Langsir beropol, sofa beropol, permaidani bercorak, kayu jati. Warna2 kusam mcm maroon emmm

Kalau kelak nanti iols dah nenek2 pun tetap tak minat konsep gitu, dari dulu lebih selesa dengan minimalist sama ada aesthetic korean/muji /nordic ke apa.
Serabut tengok warna2 bercampur ni.
Suka earth tone yg lebih menenangkan dan mendamaikan.
Quote Samerosie 30-9-2021 09:39 AM
30 juta and rupa gordy macam tu? Baik kau panggil Tom Ford buat.  
Quote KamikuP 30-9-2021 09:43 AM
LOL deko mcm filem Sabah Filem arahan Deddy M borhan.. apo punya taste la deko camni hauk giler doe!!
Quote Cik_jantung 30-9-2021 09:52 AM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 06:55 PM

..........
Quote me12345 30-9-2021 09:56 AM
Masa kak jibby duk situ tak jaga n repair ke.. duit kan berlonggok longgok time tu..ke atok M yg tak maintain? If dh barai kena repair..
Quote JunkMail 30-9-2021 09:56 AM
Kediaman kediaman rasmi ni memang stuck tahun 60an ke? Tema rumah PM sampai ke istana2 semua sama je. Patutlah filem2 Malaysia pun stuck tahun 90an je... Takde kemajuan...tibehhhh terkait filem pulak.
Quote atira 30-9-2021 09:58 AM
taste nenek2 betul la...
suka benar beropol2 ni la... sakit mata tgk... harga 30 juta pon tak de gunanye
Quote Firenzza 30-9-2021 10:00 AM
Mini.Me replied at 30-9-2021 09:23 AM
Tohnyee...menteri luar datang last2 jumpa kat opis jugak...takde pon bwk balek rumah

Ye x ye jugak...klau pelawat obersee tido semalam 2 kt situ masih blh dipertimbangkan lg
Quote pxlbb 30-9-2021 10:03 AM
Nak naikkan imej negara bukan design meja makan exclusive boomers mcm ni. Naikkan imej mcm satu ketika dulu kita dipanggil the asian tiger. Ekonomi padu, teknologi canggih, attract banyak FDI, the baru boleh naik imej negara. Buat masa skrg imej negara - corruption, main politik, rasuah, kemiskinan, covid, gomen tak buat keje. Tak guna rm40 juta buat meja makan langsir ropol. Korang mati nanti perut tu masuk tanah & cacing jugak. Hadaplah nak menjawab nanti.
Quote chandrahusin 30-9-2021 10:18 AM
Pak Long Mail korang duduk situ dh ke?
ptt diorg tunjuk sekali interior bilik Dafi & JM
diorg popular kot
anyway, rugi juta2 spend interior crowded gila
tak penah dgr konsep less is more agaknya

aku penah tengok documentary kat Netflix psl architecture
diorg spent juta2 utk challenge the architecture structure
nmpak simple sgt tapi mmg amazing gila structure semua building
interior design plk mmg paling minima
kalau aku kaya mmg aku buat mcm diorg
Quote gaara_X 30-9-2021 10:32 AM
ermmm...tengah rakyat bersengkek nie...pemimpin dok pikir nak bersenang ngan hasil rakyat...plez...
Quote bangcak 30-9-2021 10:45 AM
apa beza kediaman pm dgn kediaman agong?

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052189 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top