Jakarta- Seorang remaja perempuan di Kabupaten Madiun, Jawa Timur mendakwa ‘dirogol’ makhluk halus hingga melahirkan seorang bayi, lapor Suara.com.
Menurut polis, keluarga itu membuat laporan bahawa bayi yang baru dilahirkan remaja berkenaan tidak mempunyai bapa dan mendakwa dia telah dibuntingkan oleh makhluk halus. Bagaimanapun, pihak polis mengesyaki ia adalah sekadar satu percubaan menutupi kes sumbang mahram yang berlaku dalam keluarga tersebut. “Ketika siasatan dijalankan, nenek mangsa memberitahu cucunya hamil kerana ‘dirogol’ makhluk halus di pinggir kampung ketika bermain di situ.
“Namun begitu, polis dapat mengesan beberapa fakta kurang tepat dalam keterangan keluarga ini. Kami juga telah mengambil tiga sampel asid deoksiribonukleik (DNA) iaitu bayi, bapa tiri dan bapa kandung remaja tersebut,” jelas Ketua Siasatan Jenayah Madiun, Asisten Komisioner Ryan Wira Raja Pratama. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT