Jakarta – Seorang penjual di kaki lima di Kota Makassar, Indonesia berjaya membeli kereta idamannya iaitu Toyota Rush secara tunai menggunakan wang syiling hasil simpanan selama empat tahun, lapor Suara.com.
Penjual tersebut, Asriadi Syamsuddin berkata, dia sudah menyimpan niat membeli kereta idamannya itu sejak 2018 dan nekad menabung wang hasil jualannya. Tambah Asriadi, kebanyakan duit dalam tabungnya adalah wang syiling kerana ia merupakan pemberian pelanggan yang membeli barang jualannya. “Tidak terasa sudah empat tahun saya menabung duit syiling ini kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya. “Apabila saya melihat bekas air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, barulah saya keluarkan dan mendapati bahawa jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah,” kata Asriadi.
Ketika membawa wang tabungan ke bilik pameran kereta Toyota di bandar, para pekerja di sana telah membantu Asriadi mengira jumlah yang diperlukan untuk membeli kereta idamannya. “Ini satu situasi luar biasa kerana pihak kami tidak pernah menerima pelanggan yang membeli kenderaan secara tunai menggunakan duit syiling. “Namun, Asriadi membawa wang yang cukup iaitu 271 juta rupiah (RM79,269) untuk membolehkannya memiliki kereta Toyota Rush,” jelas seorang pekerja Toyota, Nur. – CARI Sumber: Kosmo
|
slyfynx replied at 30-9-2021 11:33 AM
As usual, berita dr seberang = isu semasa skrg ni
nellyberry: Kena cuba cara nih la jugak, bank sekarang susah betul nak terima duit syiling.Mesin syiling tu pun selalu rosak je memanjang.
Friska replied at 30-9-2021 03:52 PM
Berita membanggakan dari Indonesia, indikator perekonomian Indonesia semakin membaik.
ADVERTISEMENT