Bayi Azmi Saat yang baru berusia tiga hari berdepan dengan sakit kronik yang masih belum diketahui. Difahamkan bayi berkenaan perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.
Azmi memohon orang ramai agar mendoakan anaknya, Khairul Afnan yang kini berada di hospital. "Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami. "Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.
"Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. "Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,"katanya melalui Instagram.
|
ADVERTISEMENT