Sama seperti ibu bapa yang lain, pelakon Mawar Rashid mengakui berasa bimbang untuk menghantar anak sulungnya ke tadika dikala pandemik Covid-19.
Namun perasaan itu hilang selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memastikan keselamatan di tadika tersebut terjaga. "Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula... sejujurnya memang risau tapi saya memang akan pastikan keselamatan di tadika itu. "Sebelum itu, saya ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid. "Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu," katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Mawar ada berkongsi video anak lelakinya iaitu Raden Muhammad Rafael yang berusia dua tahun teruja untuk kembali ke tadika. Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini memberitahu biarpun anak masih kecil namun baginya tidak salah untuk menghantar anaknya belajar pada usia baharu dua tahun.
|
fofuler replied at 30-9-2021 03:28 PM
Soalan. RAF ni adik fazley kan, tapi kenapa nama fazley takde raden dekat pangkal?
umbut replied at 30-9-2021 05:28 PM
Muka pun cam mamak
ADVERTISEMENT