CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Semua Dalam Hidup Saya Berkiblatkan Duit" - Catriona Ross Minta Maaf Pada Iqbal

30-9-2021 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7290| Komen: 22

Gara-gara video parodi berlakon sebagai Datuk Seri Vida disalah anggap, pelakon Catriona Ross tampil memohon maaf kepada usahawan berkenaan dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.



Kredit foto: IG Vida

Dalam beberapa video InstaStory, Catriona mengambil masa yang lama untuk menjawab semua tuduhan dan ketidakpuasan hati Iqbal kerana sibuk dengan urusan keluarga.

Catriona atau lebih mesra dengan panggilan Kak Kek menafikan tuduhan Iqbal yang mendakwa video parodi tersebut dilakukan semata-mata kerana wang ringgit.


Kredit foto: IG Catriona

“Saya minta maaf kerana ambil masa yang lama untuk membalas anda. Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun Iqbal merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri.

“Hakikatnya apabila di rumah, masa kita sangat padat. Menjawab isu pertanyaan Iqbal adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit? Saya nak jelaskan kepada Iqbal, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit,” katanya.



Tambah pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sephia itu, video parodi tersebut dilakukannya atas dasar kerja sekali gus menafikan tuduhan dia menerima tawaran lumayan.

“Sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme sebagai seorang pelakon.

“Tetapi menghormati pandangan dan perasaan Iqbal, saya minta maaf dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan Iqbal berasa lebih tenang dan damai selepas ini.

“Saya juga terkejut apabila Iqbal mengatakan dia mengalami depresi kerana masalah tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga sempat menitipkan pesanan kepada Iqbal agar berani dan terus kuat untuk menghadapi sebarang dugaan.



“Sebagai seorang kakak kepada seorang adik dan jauh lebih matang, saya nak nasihatkan Iqbal. Sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dik. Memang susah! Memang ujian kita sangat dahsyat.

“Kepada Iqbal yang seolah-olah menceburi dunia selebriti, dunia di mana orang mengenali kita, Iqbal kena sangat kuat.

“Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis dan mudah-mudahan Iqbal menerima permohonan maaf saya ini. Terima kasih,” katanya lagi.

Sementara, Iqbal turut memohon maaf sekiranya segala dakwaannya melukan hati Catriona.

“Saya minta maaf seandainya kata-kata saya mengguris hati. Akak orang baik dan ramai sayang,” katanya dalam ruangan komen hantaran Instagram Catriona.

Terdahulu, sebuah video parodi MeleTOP lakonan Catriona, Jihan Muse dan Danial Zain yang melakonkan semula babak kejutan hari jadi Iqbal kepada Vida tular dalam media sosial.

Video parodi berkenaan mendapat perhatian ramai termasuklah Iqbal yang berpendapat hatinya terguris dan terkilan dengan gurauan tersebut. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 30-9-2021 04:24 PM
Tembam semula dah sheols.
Quote slyfynx 30-9-2021 04:32 PM
Ulang la mende ni setiap setengah hari. Bukak thread baru bg setiap setiap bait ayat yang bercerita pasal menkarung berdua ni. Sampai AJM
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 09:31 PM
“Saya juga terkejut apabila Iqbal mengatakan dia mengalami depresi kerana masalah tersebut,” ujarnya

Orang buat parodi pun boleh depressss naa...
Quote hareeeesah 30-9-2021 09:38 PM
sharlenetexas: Tembam semula dah sheols.


Terkejut tengok.. dia kan beriya hiking sana sini, karangan Kat caption healthy gitu gini untuk anak autismnya juga sekali tengok adududuu…
Dia pun kuat sentap kalau netizen tegur sikit kan
Quote Acikgomen 30-9-2021 09:46 PM
slyfynx replied at 30-9-2021 04:32 PM
Ulang la mende ni setiap setengah hari. Bukak thread baru bg setiap setiap bait ayat yang bercerita  ...

Sampai ati chuols panggey mengkarung kat pasangan hot bidah-love-kebal-love-bidah yg romantis cinta tehalang innehhh
Quote pxlbb 30-9-2021 10:29 PM
U comel je Cat. Biasa la kalau dah jadi public figure wahai kebal ko kene la redha diparodikan. Lainkali mende buat senyap2 takde siapa nak menganjing.
Quote LadyCarefree 30-9-2021 10:48 PM
nakkomenjugak: “Saya juga terkejut apabila Iqbal mengatakan dia mengalami depresi kerana masalah tersebut,” ujarnyaOrang buat parodi pun boleh depressss naa...


Kan dulu kes serap majlan masuk prince court akibat kena gosip dgn elbulu. Gitu sekali chuolsssss
Quote cm_vungtau 30-9-2021 10:55 PM
Kau yang tukang parodi orang gelak2 memang la tak rasa apa. Hampeh. Orang yang kena kutuk la yang depressed.
Quote helicornia 1-10-2021 08:21 AM
Pondan je yg cepat senyap {:sing
Quote adeqbun 1-10-2021 08:32 AM
ramai je relax2 kene parodi ngan jihan dan geng2..
Quote KamikuP 1-10-2021 08:55 AM
Sian dia depress .. pi consult pakar psikiatri mungkin doktor bole bagi ubat utk kurangkan depress. Instead of kawin ngan Vida, ko kwain ngan cik b selesai masaelah
Quote Pak.dolla 1-10-2021 09:09 AM
LadyCarefree replied at 30-9-2021 02:48 PM
Kan dulu kes serap majlan masuk prince court akibat kena gosip dgn elbulu. Gitu sekali chuolssss ...

Siapa serap majilan?
Quote LadyCarefree 1-10-2021 01:12 PM
Pak.dolla replied at 1-10-2021 08:09 AM
Siapa serap majilan?

Mamat poyo konon supreme fan. Ponder of Asyraff Cosmetics kononnya. Dah kahwin biznes tudung pulak skrng ni. Bini dia gamg sskjp ponder2 yg rentas negeri attend wedding.
Quote Nenasketum 1-10-2021 03:30 PM
Iqbal ni dua alam kah? Jenis aku nak bagi penangan & pengkaki kalau jumpa depan2
Quote Zeatyisaac 1-10-2021 04:13 PM
nakkomenjugak replied at 30-9-2021 09:31 PM
“Saya juga terkejut apabila Iqbal mengatakan dia mengalami depresi kerana masalah tersebut,” ujarn ...

Kan, itu baru parodi. Kalau kahwin DSV, lagi banyak 'parodi' dalam hidup. Semoga selamatlah Iqbal.
Quote fadz84 1-10-2021 04:16 PM
LadyCarefree replied at 1-10-2021 01:12 PM
Mamat poyo konon supreme fan. Ponder of Asyraff Cosmetics kononnya. Dah kahwin biznes tudung pulak ...

Ohhhh YouTuber tu ye?
Quote Pak.dolla 2-10-2021 10:41 AM
LadyCarefree replied at 1-10-2021 05:12 AM
Mamat poyo konon supreme fan. Ponder of Asyraff Cosmetics kononnya. Dah kahwin biznes tudung pulak ...

Siyes pdol x kenal...
Quote LadyCarefree 2-10-2021 11:42 PM
Pak.dolla replied at 2-10-2021 09:41 AM
Siyes pdol x kenal...

Hehe xpe la. Dia pon mcm kaya raya xtau la kan. Kemain flex. Bak kata orang rezeki dia.
Quote eely_shana 3-10-2021 07:31 PM
Bgus juga cat minta maaf

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.129291 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top