Rakaman video seorang remaja lelaki hampir pitam selepas didakwa baru menerima suntikan vaksin Covid-19 yang tular di media sosial, disahkan berlaku di Melaka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin PPV (PPV) Encore, Klebang di sini, hari ini.
Beliau berkata, pelajar ini mengalami pening kerana tidak bersarapan sebelum mengambil suntikan vaksin. "Memang ada kes pelajar ini pening, difahamkan akibat tidak bersarapan kerana takut. "Namun, selepas diberikan makan, dia berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi. Terdahulu, video pendek berdurasi 36 saat tular di media sosial memaparkan remaja berkenaan itu dipapah seorang lelaki dalam keadaan lemah dan hampir pengsan selepas menerima suntikan vaksin.
Dia kemudian dibawa oleh anggota Rela bertugas masuk ke dalam PPV untuk menerima rawatan. Sumber: Harian Metro
|
shy79 replied at 30-9-2021 08:50 PM
dah agak dah..sebab boys memang takut jarum..mcm anak laki akak..
sejuk giler tgn dia masa nk cucuk ...
noor2 replied at 30-9-2021 08:57 PM
Boleh x nk kutuk mak budak ni x cerdik....cane anak ko nk cucuk vaksin ko xpasti kan anak makan dulu ...
ADVERTISEMENT