"Memang benar saya sudah lengkap dua dos vaksin." Demikian pengakuan dibuat Azri Iskandar yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tanpa pengetahuan isterinya, Ellie Suriati Omar.
Berkata kepada Gempak, Azri, 53, akui dia pada mulanya berdepan dilema untuk mendapatkan suntikan vaksin jenis Pfizer namun, nekad melakukannya kerana memikirkan periuk nasi keluarga. "Suntikan pertama pada 27 Julai dan keduanya pada 16 Ogos lalu. "Saya risau akan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga apabila kerajaan menetapkan syarat wajib perlu lengkap dua vaksin untuk terbabit dengan penggambaran, saya menjadi semakin risau. "Mujurlah nama saya dipanggil untuk temujanji vaksin di MySejahtera. Itu pun saya daftar diam-diam tanpa pengetahuan Ellie.
"Selepas sebulan lengkap vaksin Alhamdulillah, tiada apa-apa kesan sampingan, cuma saya demam dua hari selepas vaksin dos kedua," katanya. Jelasnya, dia terpaksa merahsiakan temujanji itu daripada Ellie kerana risaukan reaksinya dan menipu kononnya mahu ke bengkel kereta dan selepas berbincang dengan anaknya, Nur Anis Mastura, dia sendiri menemaninya ke klinik d AU5. Azri akhirnya terpaksa membuka mulut apabila ditawarkan berlakon bersama beberapa rumah produksi, baru-baru ini. Reaksi Ellie kata Azri, "You ni pun tak sabar-sabar, tunggulah dulu. Kajian masih baru." Azri bagaimanapun menjelaskan rumah tangga mereka masih harmoni biarpun tidak sependapat mengenai penerimaan vaksin. Malah, anak-anaknya juga memahami dan menerima pendiriannya selaku ketua keluarga yang perlu mencari rezeki. "Semakin lama hutang semakin bertambah, nanti datang pula penyakit lain disebabkan terlampau stress. "Saya harap suatu masa nanti, anak-anak saya pun semuanya akan ambil vaksin apabila mereka sudah cukup yakin. Begitu juga Ellie," ujarnya yang bersyukur anak ketiga dari perkahwinan terdahulu, Nur Anis juga sudah lengkap dos vaksin. Mujur tak perang dengan isteri sendiri kerana sorok-sorok ambil vaksin. Bukan tak kenal Elli macam mana. - CARI
|
bambimo replied at 1-10-2021 01:00 PM
Hensem lg dia ni boleh jd watak datuk2 Megah Holding
kaseh80 replied at 1-10-2021 11:52 AM
Queen control le tu nak vaksin pun takut
ADVERTISEMENT