CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rehatlah Mak" - Ibu Ali Puteh Pergi Menghadap Ilahi

1-10-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8060| Komen: 54

Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey, Sabariah Arshad meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk serangan asma pada jam 11.54 malam tadi (Khamis).


Sabariah, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Ali Puteh atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan menerusi satu hantaran status dalam Instagram.



Keluarga Ali memaklumkan Sabariah diserang penyakit asma dan dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) hospital berkenaan pada Selasa lalu.


Difahamkan, Sabariah juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Menurut Ali, jenazah ibunya akan dimandikan di masjid BT8 Gombak sekitar pukul 9 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan arwah Abam iaitu Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat, hari ini.




Berita pemergian ibu kepada adik beradik pelawak itu juga dikongsikan rakan pelawak, Achey menerusi hantaran terbaharu Instagram miliknya.

Pada Disember 2020, Sabariah pernah dikejarkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monreyes 1-10-2021 12:11 PM
ali puteh berputeh mata lah...
Quote 3chanceno 1-10-2021 12:19 PM
Innalillah..takziah buat keluarga
Quote JohnyEnglish 1-10-2021 12:20 PM
Innalillah..bln posa hr tu selalau nmpk diorang sekeluarga buka posa kat kdai mamak
Quote Straya 1-10-2021 12:22 PM
Walau tak berkenan dengan apa yg keluarga ni buat pada balu Abam,aku tetap bersedih. Alfatihah untuk mak Ali Puteh & Abam.Moga ditempatkan di kalangan orang beriman
Quote elnor_81 1-10-2021 12:23 PM
Edited by elnor_81 at 1-10-2021 12:24 PM
monreyes: ali puteh berputeh mata lah...

Eh..nape putih mata..lg la dpt ke ali reta tu. Sbb ptt mak dpt, tp dh meninggal, jatuh ke tgn adik bradik lelaki la kan...

Anyway..semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman..
Quote sukacactus 1-10-2021 12:37 PM
Salam takziah pada keluarga arwah abam
Quote Nenasketum 1-10-2021 12:57 PM
Innalillahiwainnailaihiraji’un. Nak tanya, diorang tu makan apa ek, obese gillerrr!!
Quote edayildiz 1-10-2021 12:59 PM
Innalillah..takziah
Quote imanjannah 1-10-2021 01:05 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. salam takziah
Quote asfaz 1-10-2021 01:22 PM
elnor_81 replied at 1-10-2021 12:23 PM
Eh..nape putih mata..lg la dpt ke ali reta tu. Sbb ptt mak dpt, tp dh meninggal, jatuh ke tgn adik ...

Semoga arwah ditempatkan diantara org2 beriman.

Off topic.. kiranya faraid tu akan lagi bertambah la kan. Sb arwah ada 2 adik lelaki kan.
Quote monreyes 1-10-2021 01:26 PM
elnor_81 replied at 1-10-2021 12:23 PM
Eh..nape putih mata..lg la dpt ke ali reta tu. Sbb ptt mak dpt, tp dh meninggal, jatuh ke tgn adik ...

aku rasa lom selesai kot.. berjanggut proses.. mak dia dah xde.. blh jadi waris lagi ke.. i am not sure.. anyway takziah..
Quote nakkomenjugak 1-10-2021 03:18 PM
Takziah diucapkan..
Quote KamikuP 1-10-2021 03:25 PM
Salam takziah. Knp org gelar Ali Pueteh sbg Ali Susun?
Quote Zeatyisaac 1-10-2021 04:44 PM
Innalillahiwainna ilahirojiun. Al-Fatihah.
Quote namieamuro 1-10-2021 04:48 PM
elnor_81 replied at 1-10-2021 12:23 PM
Eh..nape putih mata..lg la dpt ke ali reta tu. Sbb ptt mak dpt, tp dh meninggal, jatuh ke tgn adik ...

kire bahagian arwah mak die akan berpecah pd anak lelaki la pulak kan
Quote jalfa 1-10-2021 04:48 PM
Boleh je..mak dia meninggal lepas abam ..jd bhgian mak dia nanti jd pusaka la..faraid lagi....salam takziah untuk ali kalo dia baca porom.
Quote elnor_81 1-10-2021 05:51 PM
asfaz replied at 1-10-2021 01:22 PM
Semoga arwah ditempatkan diantara org2 beriman.

Off topic.. kiranya faraid tu akan lagi bertamb ...

kalo ikut gitu la. kira bahagian arwah mak mereka akan pergi kepada anak lelaki dan suami yg masih hidup. kalo aku x silap la..sbb mcm kes aku, arwah asben aku pya tanah, ptt faraid kpd ayah n aku sbb mak kandung dh meninggal. pastu ayahnya meninggal, jatuh ke adik beradik lelaki. n abg ipar aku meninggal, jatuh ke anak2 arwah n isterinya.
Quote elnor_81 1-10-2021 05:53 PM
namieamuro replied at 1-10-2021 04:48 PM
kire bahagian arwah mak die akan berpecah pd anak lelaki la pulak kan

kalau x silap aku, cmtu la kisahnya.
Quote miss_white 1-10-2021 06:00 PM
innalillah
tetap kan lah lidah dia menjawab soalan mungkar dan nankir

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.041992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top