Lelaki berusia 55 tahun berasal dari Kota Wetan dan mempunyai dua cucu ditahan selepas didapati mencuri motosikal. Lapor Detik.com, wang hasil jualan barang curi itu digunakan untuk berfoya-foya dengan wanita.
Bukan sekali dua dilakukan, malah Ketua Polis Garut Kota, Deden Mulyana berkata, suspek melakukan aktiviti jenayah itu sebanyak empat kali. Jelasnya, lelaki itu menjual motosikal curi dalam media sosial. “Dia sempat melarikan diri ketika diburu pihak polis. Kita turut merampas bahan bukti seperti kunci dan dua motosikal curi. “Suspek berdepan pertuduhan mengikut Artikel 363 Kanun Jenayah berhubung dakwaan mencuri yang membawa hukuman enam tahun penjara,” jelasnya. Deden memberitahu, salah sebuah motosikal yang dicuri adalah milik Ketua Daerah Garut. Sumber: Utusan
|
Friska replied at 1-10-2021 12:20 PM
CARI-MAL wartawan bayaran dari seberang
ADVERTISEMENT