Seorang lelaki menyertai pasukan penyelamat mencari ‘orang hilang’, namun tanpa sedar operasi berkenaan dilancarkan bagi mencari dirinya sendiri. Bunyinya agak pelik, namun Beyhan Mutlu, 50, dilaporkan hilang oleh isterinya sendiri selepas keluar minum bersama rakan-rakannya sebelum memasuki hutan di Cayyaka, Turki, lapor Mirror.
Mutlu terpisah dengan rakannya selepas didapati mabuk sehingga mencetus kebimbangan isterinya yang kemudian membuat laporan. Pasukan menyelamat melancarkan operasi mencari selama berjam-jam, namun gagal menemui ‘orang yang dicari’. Bagaimanapun, operasi mencari dihentikan selepas Mutlu terserempak dengan sekumpulan sukarelawan yang turut membantu pihak berkuasa. Mutlu yang turut serta dengan kumpulan mencari akhirnya tersedar yang operasi berkenaan dilancarkan bagi mencari dirinya selepas sukarelawan bertugas menjerit memanggil namanya.
Mutlu yang pada mulanya berasa bingung dan bertanya siapakah orang hilang yang sedang dicari. Ekoran insiden berkenaan, Mutlu diambil keterangan dan dia turut memohon supaya tidak dikenakan hukuman berat. Menurut laporan pegawai bertugas, Mutlu dibenarkan pulang, namun tidak jelas sama ada dia dikenakan hukuman atau pun tidak. Sumber: mStar
|
kelapaparut: org turki mabuk2 ka, kan negara islam..tp nama muthu, tamil turki ni mabuk ayoyo
kelapaparut: org turki mabuk2 ka, kan negara islam..tp nama muthu, tamil turki ni mabuk ayoyo
che-cikL replied at 30-9-2021 10:12 PM
Part yg menyahut tu kelakar nau
sukacactus replied at 30-9-2021 04:15 PM
Baca tajuk dah tergelak, baca artikel lagi laa
kelapaparut replied at 30-9-2021 05:33 PM
org turki mabuk2 ka, kan negara islam..tp nama muthu, tamil turki ni mabuk ayoyo
gideoncross replied at 1-10-2021 03:48 PM
Iol ingtkn iol sorg je yg trgelak psl ni hahahaha.
ADVERTISEMENT