Tiada sebarang bukti menyatakan seseorang individu itu boleh mendapat jangkitan Covid-19 melalui makanan atau pembungkus makanan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Izzar Anwari Abdul Ghani berkata, Covid-19 tidak hidup di permukaan makanan seperti buah, sayur dan makanan sejuk beku kerana ia memerlukan perumah seperti manusia untuk terus hidup.
“Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan dari penghantar makanan mungkin ada yang risau kalau-kalau ada virus Covid-19 dan dapat jangkitan wabak tersebut. “Hakikatnya Covid-19 merebak melalui pernafasan dari titisan individu dijangkiti yang batuk atau bersin,” tulisnya di laman Instagram hari ini.
Beliau turut menyarankan sayur atau buah dicuci dengan air biasa yang bersih tanpa perlu melakukan disinfeksi pada bungkusan makanan atau seumpamanya. “Tetapi perlu mencuci tangan betul-betul selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan. “Samalah jika kalau dapat bungkusan kurier. Buka siap-siap di luar rumah ambil isinya dan bawa masuk ke dalam rumah. Selepas itu cucilah tangan dengan bersih,” jelasnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
jazaa100 replied at 1-10-2021 05:58 PM
Dah kata berjangkit melalui udara je, tapi kmp bila dpt brg dari courier, kena bukak kat luar rumah, ...
stingerallies replied at 1-10-2021 06:02 PM
Aku olah sikit ayat kau...
Brg aku dah seminggu kat porch sebelah porsche aku...
jazaa100 replied at 1-10-2021 06:06 PM
Mana ada porche manak oiii.....
Brg tu aman aman je lepak sebelah wira lama aku.....
jazaa100 replied at 1-10-2021 05:58 PM
Dah kata berjangkit melalui udara je, tapi kmp bila dpt brg dari courier, kena bukak kat luar rumah, ...
LadyCarefree replied at 1-10-2021 10:03 PM
Virus covid19 memang kena ada perumah tp unlike virus hiv yg terus mati luar badan maknusiya, virus ...
LadyCarefree replied at 1-10-2021 11:00 PM
Dia kdg lately ni macam batak nak femes gak and a bit palatao.
trexxxxxi replied at 1-10-2021 09:20 PM
Keturun binik heshe tuh rentis kaka
Untuk tak OT, ai suka biar parcels ai lama sikit di luar tu ...
ADVERTISEMENT