CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Ahli Politik Belasah Anak Tiri

1-10-2021 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15655| Komen: 122

Melaka: Polis menahan seorang lelaki yang juga suami seorang ahli politik di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memukul anak tirinya baru-baru ini.

Lelaki berusia 29 tahun yang juga suami kepada ahli politik bergelar Datuk ditahan di kediamannya di Merlimau, di sini, pada 25 September lalu.

Tangkapan dilakukan selepas suspek didakwa mendatangkan kecederaan di bahagian kepala anak tiri perempuannya berusia 44 tahun.

Foto: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang ibu saudara serta sepupunya menziarahi ibunya kira-kira jam 8.15 malam sebelum berbincang mengenai harta pusaka keluarga.


Katanya, ketika berbincang, suspek tiba-tiba masuk campur dengan menuduh mangsa memfitnahnya.

"Pengadu (mangsa) memberitahu suspek supaya jangan masuk campur kerana ini adalah urusan keluarga mereka. Namun suspek dikatakan bercakap tak henti menyebabkan mangsa memberi isyarat supaya suspek menutup mulut untuk diam.

"Berlaku tolak menolak dan suspek memukul kepala mangsa menggunakan buku tebal yang ada di tangannya.

Mangsa cuba menepis, sebelum suspek menumbuk kepala mangsa beberapa kali," katanya ketika dihubungi semalam.

Ibu mangsa kemudian membawa suaminya keluar rumah, namun mangsa sempat membaling selipar ke arah suspek tetapi dibalas dengan pukulan di kepala mangsa menggunakan satu objek dipercayai kunci.

Kejadian itu turut disaksikan ibu saudara dan sepupunya itu, sebelum membawa mangsa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka

Mispani berkata, suspek ditahan malam kelmarin sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 1-10-2021 03:16 PM
related to DAZ ke nie?
Quote KamikuP 1-10-2021 03:16 PM
Siapakah itu laki muda anak tiri umur 40 an?
Quote tumpanglalu74 1-10-2021 03:25 PM
KamikuP replied at 1-10-2021 03:16 PM
Siapakah itu laki muda anak tiri umur 40 an?

[attach]594214[/attach]

Kan taon lepeh kita havoc pase ney?  Sape boley cari tajok tu moh le tempek sini.  Sharing is caring..  Aagitchewww.
Quote KamikuP 1-10-2021 03:52 PM
tumpanglalu74 replied at 1-10-2021 03:25 PM
Kan taon lepeh kita havoc pase ney?  Sape boley cari tajok tu moh le tempek sini.  Sharing is  ...

Tq chuollss.. sebelum ni Asyraf ni uagama apa?
Quote Suchi 1-10-2021 03:52 PM
Belum mati dah gaduh harta pusaka
Nampaknya anak2 tak begitu baik ngan apak tiri.
Quote exclusive_vvip 1-10-2021 03:57 PM
elok jugak dia tersilap gi naik tangan..boleh buat report polis..kalu setakat dia marah2, susah nak report..tapi taktau la kalu mak si mangsa tu tetap nak simpan lagi laki camtu..
Quote cap_ayam 1-10-2021 03:58 PM
hmm sian akak ni kena pukul dengan pak tiri baya2 adik..
Quote nakkomenjugak 1-10-2021 04:05 PM
Haiyoooo
What a messssssss
Kalau da sampai cedera2 bagai ni
Habis laaa ko serappppp
Quote susukambingbest 1-10-2021 04:10 PM
Suchi replied at 1-10-2021 03:52 PM
Belum mati dah gaduh harta pusaka
Nampaknya anak2 tak begitu baik ngan apak tiri.

Mgkin acik vida blh amik pngajaran. Laki muda kwin pmpuan tua mngarut je kata cinta
Quote Zeatyisaac 1-10-2021 04:22 PM
susukambingbest replied at 1-10-2021 04:10 PM
Mgkin acik vida blh amik pngajaran. Laki muda kwin pmpuan tua mngarut je kata cinta

I pun fikir macam you. Since you dah tulis dulu, I second you on this
Quote jalfa 1-10-2021 04:26 PM
Cantiknya 62 tahun..nampak.muda...kenapalah sebat anak ikan buruk peel ni...cantik gini patut cekop tan sri
Quote sukacactus 1-10-2021 04:30 PM
Rasa2 mak mangsa nak ke lpskan si toyboy ni, aku rasa tak
Quote edayildiz 1-10-2021 04:31 PM
ank tiri pun dah 40 an..i xboleh terima la ayah tiri muda mudi ni
bagus la ank2 nenek ni bg mak kawen fucuk muda
Quote Friska 1-10-2021 04:34 PM
Bingung saya baca beritanya, tersangka (ayah tiri) berusia 29 tahun. Sementara korban (anak tiri) berusia 44 tahun? Terus suami saya bilang, tersangka bukan warga Malaysia tapi orang Nepal.
Quote jebatmaspunyer 1-10-2021 04:38 PM
Harta pusaka keluarga bini, yang laki dia nk masuk campur pehal? Senyap2 sudaa.. kalau aku pun mengamuk..
Quote c===8 1-10-2021 04:39 PM
asraf ni warganegara mana?
Quote KamikuP 1-10-2021 04:40 PM
Friska replied at 1-10-2021 04:34 PM
Bingung saya baca beritanya, tersangka (ayah tiri) berusia 29 tahun. Sementara korban (anak tiri) be ...

Ye ke nepal? Mana mbak tau?
Quote helicornia 1-10-2021 05:11 PM
Baru nk tya sapa lak anak ikan ahli politik ni? Dh ada org jwb kt atas.ingat lagi depa ni kawin
Quote kelapaparut 1-10-2021 05:26 PM
tamaknye nepal ni bgaduh brebut harta dgn kluarga bini ,dia pendatang kann

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.430571 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top