Seorang wanita di Indonesia membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa rela suaminya berkahwin dengan saudaranya sendiri kerana bimbang tiada sesiapa yang akan menguruskan lelaki itu apabila dia sudah tua, lapor laman berita Merdeka, baru-baru ini.
Menerusi satu video di TikTok, wanita tersebut berkata, dia bimbang sekiranya suaminya berkahwin dengan wanita yang akan menyakitinya, lantas memberi cadangan agar lelaki itu menikahi saudaranya. “Nanti apabila saya sudah tua, kami hanya tinggal berdua. “Pada siapa harus saya berharap ketika tulang saya sudah tidak kuat (untuk menguruskan rumah tangga)? Jadi, saya menyuruh suami saya berkahwin dengan saudara sendiri yang sudah diketahui kebaikan dan latar belakangnya,” kata wanita tersebut.
Tambah wanita itu, saudaranya turut menunjukkan keikhlasan untuk dipinang menjadi isteri baharu suaminya meskipun tanpa sebarang mas kahwin. “Kalau dengan saudara sendiri, saya jamin 100 peratus bahawa dia akan setia. “Buktinya, saudara saya begitu ikhlas. Saya katakan kepadanya agar dia menerima suami saya seadanya,” ujarnya. Perkahwinan tersebut akan diadakan tidak lama lagi. Sumber: Kosmo
|
makcun14 replied at 2-10-2021 05:59 PM
Koser la sis. Hati hitam i kuat membawang mengatakan mesti si bini ada skandal anak ikan kan, tu ya ...
makcun14: Koser la sis. Hati hitam i kuat membawang mengatakan mesti si bini ada skandal anak ikan kan, tu yang sibuk suruh laki polygamy.Biar senang nak bersk ...
edayildiz: sapkok acik ni..sebok jer la nk risau toklaki..mbak kiok nnti pandai la dia cari ikut taste dia..
Friska replied at 2-10-2021 09:45 PM
Alhamdulillah, calon madu yang penuh pengertian
Punat_button replied at 2-10-2021 07:15 PM
bini muda tu lah skandal acik pengkid versi kampungan ni
sambil2 sapkok
trexxxxxi replied at 3-10-2021 12:18 AM
Ka friskie gimana kandungannya apa baik2 aja?
trexxxxxi replied at 3-10-2021 12:18 AM
Ka friskie gimana kandungannya apa baik2 aja?
ADVERTISEMENT