Kita semua sedia maklum bahawa Covid-19 menyebabkan pesakit mengalami gejala-gejala tertentu seperti demam, hilang deria rasa, pening kepala, cirit birit dan banyak lagi.
Kedengaran pelik, tetapi sekumpulan doktor di Jepun menjumpai satu lagi gejala Covid-19 yang menyebabkan pesakit merasakan mereka perlu sentiasa bergerak untuk melegakan ketidakselesaan di bahagian dubur. Mereka melaporkan gejala itu pertama kali berlaku kepada lelaki berusia 77 tahun, yang direkodkan dalam jurnal perubatan BMC Infectious Diseases. Menurut doktor, lelaki yang tidak dinamakan itu dirawat di Tokyo Medical University Hospital kerana jangkitan koronavirus 'ringan'.
Dalam tempoh rawatan, lelaki itu turut menderita dengan masalah insomnia dan kegelisahan. "Beberapa minggu selepas discaj, dia secara beransur-ansur mulai mengalami ketidakselesaan di bahagian dubur. "Sebelum dijangkiti Covid-19, dia tidak pernah mengalami ketidakselesaan di bahagian dubur,” kata doktor terbabit. Gejala itu kebanyakannya berlaku kira-kira 10 sentimeter di dalam kawasan perineum iaitu kawasan di antara alat kelamin dan lubang dubur. Kesakitan ini semakin teruk ketika dia berehat tidak melakukan apa-apa dan pada waktu malam ketika mahu tidur, membuatkannya sentiasa rasa ingin bergerak. “Melakukan senaman seperti berjalan atau berlari dan bermain permainan televisyen dengan bersemangat membuatkan sakit itu lega seketika, sementara berehat menjadikannya bertambah buruk," kata laporan itu. Lelaki itu juga harus mengambil pil tidur untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak tanpa berasa sakit. Pemeriksaan lanjut menunjukkan lelaki itu mempunyai buasir, dan doktor mendiagnosis lelaki itu dengan restless anal syndrome yang dianggap sebagai satu varian restless legs syndrome, satu kondisi yang menyebabkan seseorang merasakan keperluan untuk menggerakkan kaki kerana berlaku kerosakan pada sistem saraf. Restless legs syndrome juga merupakan salah satu gejala Covid-19 dengan banyak bekas pesakit yang melaporkan mengalami gejala tersebut beberapa minggu selepas pulih daripada virus berkenaan. -CARI Sumber: mStar Online
|
shernazz replied at 4-10-2021 04:53 PM
Gayah suka.la
Asal.terkemut2 je cari.couple
noor2 replied at 4-10-2021 01:24 PM
Buasir ke apa....bahaya betul covid ni...
green~tea replied at 4-10-2021 05:40 PM
U dah fully recovered from covid sis? How was it? Cat 1 or cat 2?
I pun categorized as cat 1.. ...
Suchi replied at 4-10-2021 06:08 PM
Long covid ni yg tak larat nak hadap, moga semua dijauhi daripada virus ni.
Ntah apa kerosakkan d ...
shernazz replied at 4-10-2021 06:13 PM
Haah cat 1 kaka..
Rasa cm.insomnia tu mmg ada
Walaupung kita dah buat kerja itu ini siang tu..
green~tea replied at 4-10-2021 05:40 PM
U dah fully recovered from covid sis? How was it? Cat 1 or cat 2?
I pun categorized as cat 1.. ...
edayildiz replied at 4-10-2021 06:28 PM
gws sis..jangkit kt mana?
green~tea replied at 4-10-2021 06:30 PM
Jangkit masa balik kampong, from my aunty wakakakaka... iols mmg balik kg every 2 weeks since la ...
edayildiz replied at 4-10-2021 06:32 PM
dh berapa hari? satu family ke kena?..semoga sis cpt sihat balik
green~tea replied at 4-10-2021 06:36 PM
Last month... early september....
1 hari demam sakit kepala
edayildiz replied at 4-10-2021 06:43 PM
patut la mcm xnmpk sgt kt porem...semoga ex mil sis ok jgk..
ADVERTISEMENT