Lans Koperal dan remaja berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas kesalahan mengedar dadah, bulan lalu. Tertuduh, C. Harethaess, 27, yang bertugas di Balai Polis Labu, Negeri Sembilan dan P. Darshan, 19, yang bekerja sebagai pemandu sambilan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh. Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis ekstasi seberat 181.95 gram. Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kenderaan berhadapan sebuah pusat penjagaan kesihatan di Kota Southkey, di sini pada pukul 9.45 malam, 23 September lalu. Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit bersalah, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Sumber: K! Online
|
haruslah replied at 4-10-2021 02:50 PM
Lain kali main elimport expot
Baru x kena....main ciput2 ni cepat kena gantung
ADVERTISEMENT