CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jadi Agnostik, Saif Ali Khan Tinggalkan Islam

4-10-2021 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10592| Komen: 58

Aktor kacak Bollywood, Saif Ali Khan yang dilahirkan sebagai seorang Muslim kini mengaku menjadi agnostik dan meninggalkan agama Islam kerana merasa lebih selesa tidak menganuti sebarang kepercayaan agama.


Menurut The Indian Express, aktor ini memberitahu bahawa beliau merasakan ramai orang menggunakan agama hanya sebagai perlindungan untuk mencari kebenaran.


Kredit foto: Eastern Eye

“Saya agnostik dalam kehidupan nyata. Saya sangat sekular dalam erti bahawa saya berfikir terlalu banyak agama membuat saya khuatir.

"Saya menemui terlalui banyak agama untuk menjadi sebuah organisasi dan terlalu banyak masalah yang pada dasarnya berkaitan dengan Tuhan saya atau Tuhan anda atau Tuhan siapa yang lebih baik,” katanya.


Selain itu, suami kepada Kareena Kapoor ini turut mengakui bahawa beliau tidak mempercayai adanya kehidupan selepas kematian dan memberitahu bahawa tiada kehidupan seterusnya apabila manusia meninggal dunia.

“Saya tidak begitu percaya akhirat, tentang kehidupan selepas mati. Saya rasa apabila kita mati seperti cahaya lampu terpadam begitu sahaja. Ertinya tiada kehidupan seterusnya,” tambahnya.


Kredit foto: IG Kareena

Namun, Saif Ali memberitahu bahawa beliau kekal sebagai menjadi individu spiritual dengan pendekatan yang berbeza iaitu hanya berdoa dengan mempercayai hal yang logik dan dirinya sendiri.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 4-10-2021 04:19 PM
Bagaimana dgn saruk khang

Quote Ciktiekus 4-10-2021 04:32 PM
Kesian..moga terbuka hati cari hidayah..
Quote KamikuP 4-10-2021 05:13 PM
Org kafir senyum sinis sambil flip hair gitu
Quote LadyCarefree 4-10-2021 05:41 PM
makadek: Bagaimana dgn saruk khang


Dia dan Salman khan juga zayn malik dah lama ckp mereka non practising moslem. Moslem sbb born moslem saja.
Quote nakkomenjugak 4-10-2021 05:47 PM
Mengapakah iol tak terkejut?
Quote caprut 4-10-2021 06:43 PM
Ciktiekus replied at 4-10-2021 04:32 PM
Kesian..moga terbuka hati cari hidayah..

Knp nk kesian ye?
Quote missyL 4-10-2021 07:26 PM
nakkomenjugak: Mengapakah iol tak terkejut?

Nk terkejut cmne u.
Dah kawen pn ngn non muslim.
Sah2 mmg x praktis Islam pn

Tak terkejut pn sume Khan2 popular ni x Islam dah.

Aamir je xthu.tp sblom ni Aamir pn kawen non muslim kan
Quote pooh~key 4-10-2021 08:12 PM
Saif ali ni cakap sebijik apa yang akak cakap sis. Akak jua agnostik sister. Maknanya akak percaya mungkin ada je satu entiti maha berkuasa yang cipta universe ni dekkkk…. Tapi masuk mana2 agama sial apalanciao tu dekkk? No no no no no dekkkk! Agama hanya bawa kemusnahan dan pecah belah antara penganut yang satu kepada penganut yang lainnya dekkkk!
Quote SalenaGomez 4-10-2021 09:12 PM
missyL: Nk terkejut cmne u.Dah kawen pn ngn non muslim.Sah2 mmg x praktis Islam pnTak terkejut pn sume Khan2 popular ni x Islam dah.Aamir je xthu.tp sblom ni  ...


Aamir khan rasanya better skit…dia buat haji dgn maknya kalau x silap
Quote Lagubestbest 4-10-2021 10:08 PM
Edited by Lagubestbest at 4-10-2021 10:18 PM

allah dah buka keindahan dunia pada beliau. (ni yg nabi takut pada umatnya)

kita sebagai seorang manusia ni ada naluri nak fit-in follow trend. sesuatu trend berlaku sebab majoriti yang follow. DAN.. majoriti manusia yang sedang bernyawa atas dunia sekarang di sekeliling kita bukanlah Islam.

Allah kata terlalu sedikit manusia yang bersyukur (meaning: sebut alhamdulillah). kalau dah orang islam pun perangai macam bukan islam, apatah lagi manusia yang majoriti bukan islam. acaner nye nak sebut alhamdulillah (segala puji bagi allah).
Quote gigahertz 4-10-2021 11:58 PM
caprut: Knp nk kesian ye?

India mmg kesian sebab asalnya Empayar Islam.
bila british datang jarah negara pastu bila merdeka di pulang balik pada Hindu. tu islam negara situ tunggang langgang.
Quote minahgempal 5-10-2021 12:39 AM
Org2 yg murtad @ tak percaya agama dan tuhan nie kan..hidup diaorg nie tenang dan tenteram tak eh?ada tk pemikiran diaorg nie pemikiran serabut?i yg percaya tuhan dan beragama nie pun..hidup pun tk aman tenteram mana..ada jek ujian tuhan..tpi diaorg nie siap kaya raya lgi..tuhan kasi isteri, suami, anak2 cerdik2,lawa2, jdi pujaan peminat..apa tujuan diaorg hidup sbnr yer?
Quote AyaqMeloSuam 5-10-2021 02:27 AM
Kt mesia pn ramai Agnostik. Sedar ngn x sedar jer
Quote depresio 5-10-2021 02:53 AM
La muslim ke dia ni?
Quote Manjalalu 5-10-2021 04:55 PM
minahgempal replied at 5-10-2021 12:39 AM
Org2 yg murtad @ tak percaya agama dan tuhan nie kan..hidup diaorg nie tenang dan tenteram tak eh?ad ...

Lg kesian, sbb diorang macam xsedar. Dikelabui kemewahan dan kesenangan dunia gituu. Apa, istidraj kann
Quote minahgempal 6-10-2021 12:17 AM
putput replied at 5-10-2021 10:26 AM
bila kita beragama. ada "tali" kekang kita. bila kita bebas. tali tu dah tak ada. hanya "tali" ken ...

Macam mna plk klau diaorg nie diuji dengan kemiskinan dan kesusahan bertimpa2..salahkan tuhan tak?yela bila buat perkara jahil tk nk babitkan dosa pahala..lebih kpda kepuasan diri..tpi klau diberi ujian bertimpa2..sapa yg diaorg nk babitkn?
Quote minahgempal 6-10-2021 12:19 AM
Manjalalu replied at 5-10-2021 04:55 PM
Lg kesian, sbb diorang macam xsedar. Dikelabui kemewahan dan kesenangan dunia gituu. Apa, istidraj ...

Jdi btol lah..dunia nie hanya kepura puraan sahaja..huhuhu..nth la sis..kdg2 pndng kehidupan diaorg nie nmpk menyeronokkn..tp tk tau akhirat mcm mna..sma la sya pn..reflex diri sndri jugk..
Quote primarikey 6-10-2021 09:42 PM
Semoga sempat bertaubat sebelum mati
Quote MenteriWanita 7-10-2021 12:37 AM
Nih yang ditakuti ulama dunia, terutama di india & indonesia, datang lah seorang pemuda ke rumah2 ulama2 ini, minta berkahwin dengan pasangan non muslim, ditentang ulama sama sekali, diugut kalau ulama tak restu, dia nak murtad, ulama terpaksa setuju, sebab lebih tahu kalau dia mati dalam keadaan murtad, lebih merugikan, kalau takat kahwin non muslim, dia masih islam, masih dikira sisa2 kebaikan, selagi dia tak join sembah Tuhan pasangan, dan ada kemungkinan cerai, dan kembali hidup muslim normal, anak2 didoa masih boleh ada yang pimpin ke jalan yang benar, punya tinggi husnozon & harapan ulama2 di negara berhuruf i nih,

Sebab tuh iols suka dengar ceramah dari ustaz indonesia mahupun syarahan dari india, asbab cara fikir ahli agama mereka tinggi, masalah yang masyarakat dorang beri, dia akan bincang dan ulas dalam internet, bukan balik2 kisah anak derhaka, anak derhaka, anak derhaka.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037852 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top