Seorang lelaki di Rusia memukul doktor kulit kerana menyebut kulit isterinya cantik ketika melakukan pemeriksaan.
Lapor media Rusia, RT, klinik tersebut terletak di Nizhnevartovsk, Siberia. Selepas memeriksa pesakitnya, doktor itu memberitahu kulit wanita itu tiada masalah dan kulitnya kelihatan cantik. Wanita itu memberitahu suaminya, Bakhiriddin Azimov mengenai ucapan Dr Vladimir Zhirnokleev. Azimov yang mengetahui perkara itu menjadi berang dan mengunjungi klinik tersebut.
“Saya yakin doktor itu memuji isteri saya semasa pemeriksaan yang jelas bertentangan dengan keyakinan saya. “Sebagai doktor lakukan tugas anda seperti biasa. Memberikan pujian sudah tidak sesuai dengan tugas anda,” kata lelaki itu kepada doktor tersebut. Lelaki itu dilaporkan menuju ke pejabat doktor itu dan memukul hidungnya. Akibat serangan itu, Zhirnokleeb mengalami kecederaan di kepala dan gegaran di bahagian otak. Namun, doktor itu menjelaskan, dia hanya memberikan pendapat profesional mengenai kulit wanita itu. Sumber: Utusan
|
hasniey replied at 4-10-2021 06:29 PM
Masalahnya doc tu doc apa?
Kalau doc kulit patut suami brsyukur la
"
ADVERTISEMENT