Sepasang suami isteri berdepan saat mencemaskan sebaik mendapati anak bongsu mereka tercekik syiling 10 sen dalam kejadian Jumaat lalu. Dalam kejadian 8.30 malam itu, Nor Aidatul Azua Baharudin, 37, sedang solat manakala anaknya, Muhamad Afeef Dayyan, 2, bersama suami, Muhamad Rapi Mat Ramly, 37, berada di dapur menikmati makan malam.
Dua lagi anak pasangan itu, Muhamad Denish Irfan, 12, dan Muhamad Aqil Ziqri, 6, turut makan bersama bapa mereka. Nor Aidatul Azua berkata, Muhamad Afeef Dayyan atau yang dipanggil Ayyan, dikatakan tidak mahu makan, lalu diturunkan daripada kerusi bayi oleh suaminya. "Ketika suami dan dua anak kami makan, Ayyan bermain berhampiran mesin basuh dan suami macam ternampak dia bermain syiling, tetapi tak perasan ia dimasukkan ke mulut. "Tidak lama selepas itu, suami mendengar Ayyan seakan tercekik dan bergegas memeriksa mulut anak kami, tapi tiada syiling.
"Suami menepuk belakang Ayyan beberapa kali dan menjolok tekak Ayyan tetapi tidak berhasil mengeluarkan syiling," katanya ketika dihubungi, hari ini. Nor Aidatul Azua dan suaminya bergegas ke Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) membawa Muhamad Afeef Dayyan untuk melakukan pemeriksaan X-ray. Katanya, doktor mengesahkan syiling itu berada dalam perut anak mereka selepas diperiksa dan memberi tempoh tiga hari untuk memastikan ia keluar apabila kanak-kanak itu membuang air besar. "Pagi semalam, Ayyan buang air besar tetapi syiling itu tidak keluar. Hari ini, dia sekali lagi menjalani pemeriksaan x-ray dan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mendapati syiling berkenaan masih dalam perutnya," katanya yang tinggal di Bukit Beruntung. Nor Aidatul Azua berkata, anaknya itu masih aktif bergerak walaupun syiling berkenaan berada dalam perutnya dan berharap ia akan keluar tidak lama lagi. Sumber: BH Online
|
Thunderclouds replied at 4-10-2021 11:47 PM
Menda2 mcm ni diam je la xyah ada kronologi kt medsos. Sat lg ada laaaa makhluk2 maksum nk sembang m ...
Supersirap replied at 5-10-2021 06:45 AM
Ada kesan sampingan x jika syiling tersebut tidak keluar daripada badan adik ini?
ADVERTISEMENT