"Perlu saya jelaskan yang saya masih menyanyi lagu unsur cinta, tapi yang mempunyai elemen kebaikan." Penyanyi bersuara lantang, Datin Alyah menjelaskan kekeliruan apabila ada segelintir pihak mendakwa dia sudah tidak mahu menyanyikan lagu berunsurkan percintaan sesama kekasih. Alyah, 40, berkata, apa yang dimaksudkan adalah mesej yang ingin disampaikan dalam lagu mestilah positif dan sesuai didengar oleh semua peringkat umur. "Maksudnya, bait lirik itu cenderung kepada mesej baik, tak terlalu lara atau meratap cinta pada pasangan. Apapun, saya hormati setiap karya lagu dan topik cinta itu juga luas dan subjektif. Terpulang kepada penerimaan masing-masing."
Seperti yang dipetik dari portal Media Hiburan, Alyah menjelaskan penerimaan baik terhadap lagu Thank You Allah membuatkan dirinya lebih bersemangat "Dalam berkarya ini, kita perlu percaya bila ada suara, identiti akan ada jalan." - CARI
|
ADVERTISEMENT