Seorang ahli zoologi dari Universiti Cambridge di Britain menyifatkan makhluk asing mungkin sebenarnya tidak makan manusia seperti yang selalu digambarkan dalam filem sains fiksyen, sebaliknya ia suka dipeluk, lapor akhbar Daily Star.
Dr Arik Kershenbaum berkata, tiada sesiapa yang tahu rupa sebenar makhluk asing kerana wataknya lazimnya dimainkan manusia. Menurut beliau, imej paling realistik tentang makhluk asing adalah mikroskopik dan sekiranya ia bersaiz besar, ia mungkin kelihatan seperti watak Tribble yang merupakan makhluk asing berbulu dalam filem Star Trek. “Sekiranya saya perlu memilih rupa makhluk asing yang masuk akal, saya akan fikir ia kelihatan seperti Tribble,” katanya. Kebanyakan makhluk asing yang digambarkan dalam sains fiksyen dan kisah-kisah penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) mempunyai dua mata, dua lengan dan dua kaki.
Namun, Dr Kershenbaum berkata, makhluk asing yang mempunyai anggota badan mampu memberikan kelebihan kepadanya. Beliau juga berkata terdapat banyak lagi reka bentuk tubuh lain yang boleh dimiliki makhluk asing termasuk menyerupai cacing, ikan atau labah-labah. Sumber: Kosmo
|
Seorang ahli zoologi dari Universiti Cambridge di Britain menyifatkan makhluk asing mungkin sebenarnya tidak makan manusia seperti yang selalu digambarkan dalam filem sains fiksyen, sebaliknya ia suka dipeluk, lapor akhbar Daily Star.
dani-rox replied at 5-10-2021 07:46 PM
nama dah fiksyen, entah2 alien tengok kita ni pun nak termuntah
ADVERTISEMENT