CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caprice Masuk Hospital Sebelah Badan Susah Nak Gerak Macam Kena Strok

5-10-2021 06:30 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 10337| Komen: 45|Original author: Oleh: LilRose

Penyanyi rap dan aktivis sensasi, Caprice berdepan detik cemas apabila dikejarkan ke hospital, semalam akibat sakit dada.

"Saya bangun pagi tadi secara tiba-tiba sakit dada. Sakit yang berbeza ketika saya kena di Jordan dan Kuala Lumpur sebelum ini.




"Agak lama juga, separuh daripada badan saya seperti terkena serangan angin ahmar dan jantung. Saya jadi panik dan terus menghubungi ambulans.

"Saya sedar saya tak boleh bercakap dengan betul dan ia sangat menakutkan. Alhamdulillah, mereka sampai tepat pada waktunya," katanya menerusi Instastory yang dipetik dari Harian Metro.


Kredit foto: IG


Bagaimanapun, hasil ujian darah menunjukkan dia mengalami masalah hipertiroid iaitu keadaan yang disebabkan oleh aktiviti fungsi kelenjar tiroid yang berlebihan.

"Patutlah selama ini susah nak tidur, 'anxienty' dan sesak nafas.

"Saya tak boleh lama berada di sini (hospital). Terlalu banyak kerja. Harap saya tak lama dekat sini," katanya.


Kredit foto: IG

Caprice juga berharap penyakitnya itu boleh dirawat dengan hanya mengambil ubat tanpa perlu menjalani pembedahan.


Kredit foto: IG

Semoga cepat sihat dan keluar hospital Caprice. - CARI
1

Bagus
157

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 5-10-2021 07:36 AM
So bukanlah sbb buatan orang. Btw kenapalah label dia sbg aktivis? Apa je dia buat faedah kemasyarakatan?
Quote taji2906 5-10-2021 08:30 AM
patut la pelat je. tanda2 ada penyakit la tu kan..
btw, sempat amik pic dlm ambulance. haibatt
Quote shida81 5-10-2021 08:31 AM
X abis2 pasal dia... Naseb dia x ckp kn buat an org
Quote KamikuP 5-10-2021 08:47 AM
Baru sedor ke tak boleh bercakap dgn betul? Ni mesti buatan org yg dengki khianat - kataku menuduh melulu
Quote helicornia 5-10-2021 08:52 AM
Dia tk penah check ke sebelum ni.mmg hyperthyroid akan efek jantung sbb jantung laju gile.iols ada hyperthyroid pun kena check jantung.mujur la masih normal
Quote MissYouSayang 5-10-2021 09:03 AM
Gws si pelat. Bakalan kubur berasap jgk ke dia ni
Quote redz85 5-10-2021 09:19 AM
dia tak boleh lama kat hospital sebab banyak kerja..

nak tanya dia kerja apa?

aku tak follow kisah dia
Quote cikatilia 5-10-2021 09:38 AM
tu lah
sibuk mengejek2 org
perli2
kan dah sakit

Quote tipah89 5-10-2021 09:38 AM
shida81 replied at 5-10-2021 08:31 AM
X abis2 pasal dia... Naseb dia x ckp kn buat an org

khuenn..dlm separuh badan rasa melumpuh tu sempat dia snap ehhh..... demi ummah barangkali?

Quote radenMI 5-10-2021 10:13 AM
taji2906: patut la pelat je. tanda2 ada penyakit la tu kan.. btw, sempat amik pic dlm ambulance. haibatt

itu kan... kata panik
Quote mummydarling 5-10-2021 11:08 AM
dah boleh duduk diam dah si cap
Quote laksmanabentan 5-10-2021 12:13 PM
redz85 replied at 5-10-2021 09:19 AM
dia tak boleh lama kat hospital sebab banyak kerja..

nak tanya dia kerja apa?

aktivitis masyarakat...
aktivis palestin..

ramai orang perlukan dia okayy...
uolllss tak tahu ker??
sebab dia la satu2nya yang banyak membantu masyarakat skrg ni tau...

#donebackup
Quote asudau 5-10-2021 12:14 PM
orang kalau dah betul-betul sakit, handphone dah campak tepi dah...
ni tak, sempat nak buat ig story lagi
Quote musangbodoh 5-10-2021 12:49 PM
cian...jom cap masak nasi beriani
Quote CinnamonR 5-10-2021 01:01 PM
cikatilia replied at 5-10-2021 09:38 AM
tu lah
sibuk mengejek2 org
perli2

Krg pentaksuber ckp ni tanda webit di jalan yg benar...
Quote arianakhalid 5-10-2021 01:08 PM
sapa kutuk mamat ni akan terus di cop pentaksub dewa sayu hahahah
mmg kene berkaitan dengan ebit liew ke kalau tak suka mamat ni
Quote nolya 5-10-2021 01:18 PM
Barangkali satu teguran juge drp Allah swt.  Kalau terasa nak jadi hamba Allah yg ingin berbakti berbekal lillahi ta'ala, sepatutnya sikap dn segala cakap itu biar  menyejukkan, bukan berlagak dn cari  pujian ramai.  

Harus hati2 juge, orang kalau dah sakit hati,  akan menghantar  sihir tak secara terang, cara sembunyi.
Penyakit yg dihantar kekadang tak jadi kejung semerta, tapi beransur2.  Memula mungkin sakit tekak, kemudian bengkak, kemudian tak leh bersuara,  makan dn minum semua.  Jgn main2 dn beringatlah wahai teman2 lain.  Foto kita yg bersepah2 di sana sini  boleh digunakan untuk sihir.  
Quote Normabaru 5-10-2021 01:37 PM
tanda2 dh tua dh tu topi nasik oii..udah2 la acah cool acah hip hop segala..


ko dh la katek..pastu  rambut style jin toncit..

now dah tahu sebab apa emosi sentap asik meroyan je kan..jaga diri la leklok yeee...jgn pasni asik tunggang agama acah tpaling..

org bt kebajikan xde nye asik menjual n self promote non stop..tu berniaga..bukan beramal kebajikan.done tazkiroh.kihkih
Quote nb_17 5-10-2021 01:43 PM
arianakhalid replied at 5-10-2021 01:08 PM
sapa kutuk mamat ni akan terus di cop pentaksub dewa sayu hahahah
mmg kene berkaitan dengan ebit li ...

kann..kl ebit lew tu masuk penjara sekalipun idakla ak nk mendewakan si topinasi ni..ewwwww

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.294612 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top