Tular di media sosial mengenai ahli politik yang mengeluarkan komen berbaur perkauman terhadap atlet badminton negara, Selvaduray Kisona yang mendapat perhatian ramai termasuklah pelawak dan jurucakap motivasi Harith Iskander.
Perdasarkan perkongsian di Instagram Harith, Borhanuddin Che Rahim mengeluarkan komen berbaur perkauman terhadap Selvaduray di Facebooknya. Melihat komen tersebut, membuatkan orang ramai berasa marah dan berikutan itu ahli politik tersebut segera mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum India dan menarik balik kenyataannya itu. Meski ahli politik tersebut telah mengeluarkan kenyataan maaf, namun ia bukanlah perbuatan yang sepatutnya dilakukan seorang pemimpin. Menurut Harith, bersikap perkauman bukan sahaja kelihatan seperti tidak bijak, malah memberi komen sebegitu di media sosial menunjukan bahawa individu tersebut kurang kesedaran. Harith juga meluahkan bahawa rakyat Malaysia perlu berkerja keras dari aspek perhubungan antara kaum dan belajar untuk jadi baik. Isu yang tular ini juga mendapat perhatian Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dan mengutuk sebarang tindakan bersifat perkauman dalam sukan. Malah, BAM juga mengatakan sebagai badan sukan negara, mereka tidak akan menerima sebarang komen diskriminasi terhadap pemain mereka dan akan sentiasa bersuara demi pemain negara. Sumber: Murai
|
Kurex replied at 5-10-2021 08:04 AM
Bila Melayu kena hina, takde pulak si acah asal boleh ni keluar kenyataan.. tapi ni bukan gossip. La ...
Timortimur replied at 5-10-2021 08:55 AM
Walaupun i tak sokong politician tu tpi alah alah si botak ni
Ada je dia nak komen.Tapi kalau isu m ...
Kurex replied at 5-10-2021 08:04 AM
Bila Melayu kena hina, takde pulak si acah asal boleh ni keluar kenyataan.. tapi ni bukan gossip. La ...
ADVERTISEMENT