CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Video Wanita Terjatuh Dari Myvi?

5-10-2021 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1138| Komen: 2

Polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta tepat susulan tular seorang wanita terjatuh dari kereta di Jalan Unisel, Seksyen 7, di sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kejadian video tular itu itu berlaku pada 2.40 petang membabitkan kereta Perodua Myvi.


Foto: Harian Metro

"Siasatan awal mendapati dalam video itu, pemandu Myvi terbabit memperlahankan kenderaannya serta memasang lampu kecemasan ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat di Jalan Unisel itu.

"Secara tiba-tiba, seorang wanita membuka pintu dan terjatuh di atas jalan ketika kereta Perosua Myvi itu masih bergerak perlahan.


"Setakat ini, semakan mendapati tiada laporan polis dibuat mana-mana individu berhubung kejadian video yang tular ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Sehubungan itu, beliau meminta wanita serta pemandu kereta berkenaan diminta membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkan kepada polis untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai disarankan untuk tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta kes tepat terhadap video berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote arreysha 5-10-2021 05:08 PM
Apa la agaknya terjadi dlm kereta tuuu ....
Gaduh la kot ... Nasibbaik x kena langgar
Quote helicornia 5-10-2021 01:39 PM
Mujur tk kena langgar

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.032747 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top