Selepas beberapa hari menyepi, pendakwah bebas, Ebit Lew akhirnya membuat kemunculan di laman Facebooknya hari ini dengan memuat naik sekeping gambar bersama kapsyen ‘Segala Puji bagi Allah’.
Kemunculan Ebit itu dibuat selepas kali terakhir beliau mengemaskini hantaran di platform media sosialnya pada 22 September lalu. Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa teruja serta mendoakan agar urusan pendakwah bebas itu dipermudahkan. Malah, netizen juga menyifatkan tindakan Ebit mendiamkan diri merupakan satu langkah yang bagus bagi mengelak kontroversi yang melibatkan dirinya semakin menjadi-jadi.
“Diam itu lebih baik, orang yang hebat akan diuji ustaz. Semoga Allah tunjukkan kebenaran, itu yang selalu sis buat .. InsyaALLAH,” kata Lyza. “Ustaz jaga diri ya, jangan sedih, banyak lagi insan yang memerlukan pertolongan ustaz. Semoga tuhan melindungi ustaz sekeluarga,” kata Jada Muni. “Semoga ustaz terus istiqamah dalam pembangunan dakwah, kebajikan dan syiar islam.. Abaikan segala fitnah jahat.. semoga Allah SWT permudahkan urusan ustaz. Barakallah..,” kata Syuhaidie. Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan. Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya. Khamis lalu, Ebit dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu siasatan membabitkan kes sama. -CARI Sumber: Kosmo
|
KamikuP replied at 5-10-2021 11:09 AM
Video UAI - done
Video Stopa spenda beso - done
Video dewasayu - done
highcastle replied at 5-10-2021 09:29 AM
Bila kes Nadir dan Caprice cukup cepat dia buat report....... Bila kes video taknak pulak dia buat t ...
Orix replied at 5-10-2021 11:48 AM
yg kes psal dia potong gaji staff elewwww mart tu xde kecaman ke
tripleid replied at 5-10-2021 01:14 PM
melayu mudah cair dgn ayat2 agama ..no wonder Pas yg terang2 menunggang agama tu pon boleh naik ...
nolya replied at 5-10-2021 01:29 PM
Menengok wajah2 pemimpin PAS, tak ade satu pun yg aku berkenan untuk 'like'.
ADVERTISEMENT