Tak ada angin tak ada ribut, kumpulan Zero dah berpecah? Menurut Miss K dari Gempak, ada sesuatu yang berlaku menyebabkan perpecahan kumpulan tersebut.
Adakah disebabkan gaduh adik-beradik? Kalau gaduh apa puncanya? Tambah Miss K, baru je minggu lepas tonton Panggung Memori. Atu dan Sharif nampak okay sahaja ditemubual oleh Pak Nil. Setakat ini tak tahulah sejauh mana kesahihan cerita tersebut. Dulu kumpulan Zero tak ada job dan dipandang rendah sebab bercakap dialek Sabah terlalu pekat.
Namun disebabkan mereka kental dan sabar, ada sahaja rezeki yang datang. Mungkin ke berpecah sebab nak bawa haluan karier masing-masing? Semoga yang baik-baik buat mereka. -CARI |
ghalibboy replied at 9-10-2021 10:50 PM
Kenapa I rasa mereka tak lawak langsung?
ADVERTISEMENT