Pemenang ratu cantik Miss World Philippines 2021, Tracey Maureen Perez terpaksa menanggung malu dan kesakitan apabila dua kali terjatuh di pentas ketika acara berlangsung pada Ahad.
Difahamkan, acara yang berlangsung selama tujuh jam itu menyebabkan peserta yang mengambil bahagian mengalami keletihan. Ketika pengumuman pada jam 1.30 pagi semalam, jurutera dari Cebuana itu tiba-tiba terjatuh ketika sedang pose di atas pentas untuk sesi pengumuman pemenang. Insiden terbabit menyebabkan Perez tergolek di atas tangga hingga ke bawah pentas. Perez, 27, kemudiannya dibantu salah seorang peserta, Emmanuelle Vera dan hos Xian Lim.
Nasib malang terus menimpa Perez yang dinobatkan sebagai juara apabila dia jatuh terduduk ketika sesi 'first walk'. Ketika terjatuh, jambangan bunga dan mahkota kemenangan yang dipakai Perez di kepalanya terpelanting ke lantai. Perez bakal mewakili negaranya Filipina ke pertandingan ratu cantik 70th Miss World di Puerto Rico pada Disember ini. Selain Perez, Miss Universe Filipina, Rabiya Mateo hampir tersadung ketika final walk pertandingan ratu cantik itu minggu lalu. Namun, Mateo sempat mengawal dirinya daripada terjatuh di pentas. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT