Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Barangkali itu apa yang ditegaskan selebriti popular, Diana Danielle dalam mendidik anak-anak terutama kesedaran mereka terhadap tanggungjawab melakukan kerja-kerja di rumah tanpa mengenal jantina.
Pemilik nama lengkap, Diana Danielle Danny Beeson itu menerusi satu ciapan dalam Twitter berkata, bahkan anak lelakinya yang berusia lapa 8 tahun juga faham peranannya melakukan kerja rumah. “Pada usia lapan tahun, anak lelaki saya secara rasminya berperanan masak nasi, letak pinggan mangkuk di tempatnya, sediakan makanan dan masak sarapan (bawah pengawasan saya). “Ya, anda boleh ajar seorang budak lelaki tanggungjawab bersama di rumah. Dia perlu makan juga, bukan? Justeru, dia patut tahu bagaimana untuk memasak demi meneruskan kehidupan. Perihal itu (yang sering dianggap kerja wanita) bukan satu benda yang berjantina,” ciapnya.
Ciapan yang ditinggalkan Diana, 29, itu menarik perhatian ramai netizen yang bersetuju dengan pandangan dilontarkannya. “Keluarga saya ada budaya yang semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Semua orang boleh basuh pinggan dan baju kotor. Juga, semua orang boleh tukar tayar dan tukar mentol lampu.
|
anony-mous replied at 7-10-2021 07:47 PM
Hebat gak genetik FK ni menjadi perangai herlok. Sorang lg tu pon herlok .
Btw mohon DD beranak ...
ADVERTISEMENT