CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Husna Tak Minat Jadi Heroin, Teringin Berlakon Dilem Luar Negara

7-10-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5492| Komen: 13

Setiap pelakon pastinya menginginkan peluang membawakan watak hero atau heroin.

Namun, agak berbeza buat Sharifah Husna Syed Feizal, 28, yang lebih menggemari watak antagonis atau jahat.


Husna berkata, dia akan menerima tawaran melakonkan watak jahat sekiranya menarik dan memberi impak terhadap kariernya.


Foto: IG

"Saya lazimnya diberikan watak heroin tapi tak semuanya saya terima. Kadang-kadang saya terima watak jahat juga kalau ia menarik. Rasanya orang lebih 'rasa' lakonan saya bila tengok watak jahat kerana ia buat mereka rasa geram dan ini watak yang orang selalu ingat.

"Tapi kalau sekiranya jahat yang klise, saya takkan ambil. Saya sukakan jahat yang psiko, yang ada penyakit bipolar disorder atau yang berbeza," katanya.


Pelakon drama Kasih Tak Terungkap ini berkata, apa yang dilakukan itu bertujuan untuk memperbaiki lakonan selain menunjukkan kebolehannya kepada peminat.



"Saya kerap sangat bawa watak heroin dan gadis kampung. Walaupun berwajah campuran tapi saya selalu ditawarkan watak begini," katanya.

Husna berkata, rezekinya tidak putus-putus datang untuk watak begini, namun dia cuba mengelak dari bawa watak stereotaip.

"Saya tak nak penonton tengok lakonan saya sama saja dalam setiap drama. Sebaik mungkin saya tak nak mereka bosan dengan saya.

"Sememangnya sebagai pelakon saya nak bawa watak yang tak pernah dibuat seperti watak seram kerana kerasukan dan yang ada gangguan mental.

"Watak-watak mencabar ini apabila orang tengok akan terpacul perkataan wow! dari mulut mereka," katanya.



Husna berkata, dia tidak berlakon untuk popular, tetapi kerana suka berlakon dan untuk kepuasan apabila mendapat watak yang diidamkan.

"Kalau saya nak popular, saya dah lama bergelek-gelek di TikTok, cipta kontroversi atau sebagainya. Jadi saya tak berasa kecewa apabila gagal tercalon dalam mana-mana anugerah setakat ini.

"Sama ada tercalon atau tak, sasaran saya ialah untuk berlakon dan pastikan semua gembira dengan kerja saya. Bukan kerana populariti atau sebagainya.

"Orang akan cakap dia ini memang bagus berlakon. Saya nak dikenali kerana kerja. Saya gembira kerana makin lama, orang-orang produksi makin menyenangi kerja saya dan selalu panggil saya lagi untuk bekerjasama," katanya.



Selain itu, sokongan keluarga dan kawan-kawan turut menjadikan lakonannya semakin mantap serta menjadi penyuntik semangat buatnya terus melakukan yang terbaik.

Teringin nak cuba nasib di luar negara

Sebagai cara untuk kekal bertahan dalam industri, Husna sering mengikuti pembelajaran kelas lakonan secara dalam talian.

"Sesekali saya hantar mesej juga kepada kru dan penerbit luar negara dan kadang-kadang mereka balas. Ada juga dalam kalangan mereka mengajar saya berlakon.

"Salah seorang daripada mereka ialah kru yang buat solekan dan kesan khas untuk filem terbaru James Bond : No Time To Die. Saya hantar video uji bakat untuk cerita seram dan dia bagi respon serta komen.

"Saya tak segan untuk hubungi orang-orang industri di luar negara dan tanya pelbagai soalan. Untuk menyerlah dalam negara, saya dapatkan input daripada mereka," katanya.



Husna membayangkan sekiranya ada rezeki, mungkin dia boleh mengembangkan langkah ke luar negara.

"Saya pernah berhubung dengan penerbit filem The Wolf Of Wall Street iaitu Joey McFarland. Dia penerbit dari Hollywood dan mengikuti saya di Instagram.

"Dah tentu saya gembira. Mana tahu jika ada rezeki untuk ke sana. Baru-baru ini pun saya ada mesyuarat secara dalam talian dengan agensi berkenaan cara-cara kalau nak bekerja di luar negara.

"Ia bukanlah mustahil kerana dengan teknologi dan media sosial, saya boleh berkomunikasi dengan orang industri di luar negara," katanya.



Dia turut gembira apabila ada di antara mereka membalas panjang lebar mengenai lakonannya dan meminta memperbaiki apa yang kurang.

"Bila saya tengok cara orang luar negara berfikir mengenai bahagian babak begini, saya baru terfikir idea mereka sangat bagus dan itu sebabnya saya sentiasa belajar dari mereka.

"Selepas karier lakonan saya di Malaysia kukuh, insya-Allah kalau ada rezeki saya nak mencuba nasib di luar negara. Siapa tahu kan? Saya suka keluar dari zon selesa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nabyha 7-10-2021 09:59 AM
cantiknya dia ni, macam anak patung.
Quote dejure 7-10-2021 10:47 AM
Sorang lg minah yg feeling marvel ramilah beegum
Quote djzara81 7-10-2021 01:50 PM
Muka dah lawa camni tak pyh makeup tebal2. Suka tgk bentuk hidung dia.
Quote tootii 7-10-2021 02:11 PM
cantiknya dia ..
ari tu ngk citer apa ntah lupa pulak tajuk .. dia jd pmpuan saiko ..
tapi aku mcm lawak2 jugak la saiko dia dlm citer tu
Quote nanasno 7-10-2021 02:28 PM
muka mat saleh sangat.laku ka .emma kembong, diana danielle, zahirah mcwilson nampak la juga sisi sisi melayu
Quote tomaz 7-10-2021 03:22 PM
Ingat kan sharifah husna lg sorang tu.. tp yg tu dah kawin.. dedua husna lawa
Quote anony-mous 7-10-2021 04:00 PM
nanasno replied at 7-10-2021 02:28 PM
muka mat saleh sangat.laku ka .emma kembong, diana danielle, zahirah mcwilson nampak la juga sisi si ...

Tu la cantik sgt. I lg suka tgk muka2 mcm u ckp. Nmpk kemelayuan jugak
Quote lattehazelnut 7-10-2021 04:02 PM
Xminat ke xlaku jd heroin
Quote matbad 7-10-2021 08:23 PM
tak pnah tau dia ni. tp 1ja nk bagitau. cantik sgt utk jd pelakon hihihi
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 09:46 PM
apabila orang tengok akan terpacul perkataan wow! dari mulut mereka," katanya.

Mau aku bilang wowww gituhhhhh
Quote eely_shana 7-10-2021 10:41 PM
dia ni cantik juga
Quote Akubosannamatey 8-10-2021 08:21 PM
Cantik, tinggi.
Quote babycc 8-10-2021 08:35 PM
Die ni cantik.. tp lakonan die selalu x sampai lah.. cara die ckp sket ada mcm Eja.. sebab keturunan sharifah kot..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.117498 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top