Penyanyi Zaki Yamani meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu menggunakan namanya tanpa kebenaran bagi tujuan penipuan.
Menurut Zaki, 15, lelaki berkenaan menyamar sebagai pihak pengurusan dan membuat perjanjian bersama sebuah produk tanpa pengetahuannya terlebih dahulu. "Melampau apabila individu itu buat urusan dengan pengasas satu produk kosmetik kononnya saya merupakan artis di bawah naungannya. Sedangkan saya tak tahu menahu tentang perjanjian ini, tiba-tiba pagi tadi saya dapat panggilan mengenai projek tersebut. "Saya kenal lelaki itu tapi kita tak pernah ada kerjasama, cuma saya tahu dia berada dalam industri. Geram campur terkilan sebab dia berani menggunakan nama orang lain untuk tujuan penipuan.
"Saya juga dimaklumkan dia sudah menerima bayaran atas perjanjian yang dilakukan... berapa nilai yang diterima saya tak pasti! Tapi tindakannya ini telah menyusahkan banyak pihak," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT