Penyanyi All About That Bass, Meghan Trainor dan suaminya Daryl Sabara, memberikan “unsur sweet” ke tahap yang berbeza apabila mendedahkan mereka mempunyai mangkuk tandas yang dipasang bersebelahan antara satu sama lain supaya mereka dapat pergi ke kamar mandi pada waktu yang sama.
Menerusi episod podcast Nicole Byer “Why Won’t You Date Me”, Meghan menceritakan mengenai ‘ciri berbeza’ yang disediakan dalam rumahnya. “Kami baru sahaja mendapat rumah baru, dan kami melakukan pembinaan. Tidak ramai yang tahu, tetapi di dalam kamar mandi kami, ada satu tandas dan banyak masa di tengah malam ketika bersama bayi, kami harus kencing pada waktu yang sama. Jadi saya seperti, ‘bolehkah kita mempunyai dua tandas bersebelahan antara satu sama lain?'”- dedah Meghan
Penyanyi ini turut akui kontraktor pada awalnya telah ketawa dan menganggap beliau hanya bergurau. Akhirnya dia telah bersetuju dengan permintaan yang ‘berbeza’ itu dengan menambahkan mangkuk tandas baru di samping tandas yang sedia ada. “Kami mempunyai dua tandas duduk di sebelah satu sama lain, dan kami hanya membuang air besar bersama-sama hanya dua kali. Kami sering buang air kecil pada waktu yang sama.”- dedah Meghan Untuk rekod. Meghan Trainor dan suami, Daryl Sabara telah berkahwin pada Disember 2018. Pasangan ini baru sahaja menyambut putera sulung mereka pada Februari lalu bernama Riley Sabara. -CARI Sumber: Murai.my
|
squeeze replied at 7-10-2021 05:56 AM
you cebok i, i cebok u..sweet nye...
ADVERTISEMENT