CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Dua Tahun Yonnyboii Tiada Tawaran Kerja

7-10-2021 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4920| Komen: 18

Dua tahun berdepan pandemik Covid-19, penyanyi Yonnyboii mengakui terlalu rindu untuk kembali beraksi di hadapan peminat.

Menyedari impiannya untuk membuat persembahan pentas masih samar, Yonnyboii atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkata dia terpaksa menggunakan media sosial bagi berinteraksi bersama peminat muzik.



Foto: IG

"Kerinduan nak buat persembahan dengan khayalak ramai hingga kini terus membuak-buak tapi semua itu nampak masih samar dengan keadaan kes harian Covid-19 yang turun naik.

"Saya kini membiasakan diri dengan komuniti atau peminat muzik dengan menghasilkan kandungan kreatif dalam laman sosial. Saya kena anggap rakam persembahan di rumah atau secara virtual seperti membuat persembahan pentas.


"Begitu juga dengan impian mengadakan konsert yang belum menjadi kenyataan. Besar harapan saya agar keinginan itu direalisasikan. Malah saya membayangkan konsert penuh dengan peminat yang sama-sama menyanyi setiap bait lirik lagu Yonnyboii," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, penyanyi lagu Salahku ini turut mengakui terkesan apabila tiada sebarang persembahan pentas sejak dua tahun lalu, namun dia memilih untuk kekal positif berdepan ujian itu.

"Saya juga cuba mengimbangi hal fizikal dan mental sebaik mungkin. Ada ketikanya rasa lemah semangat itu menerpa tapi saya cuba untuk tidak terlalu melayan. Masa down itu macam-macam dalam fikiran termasuk fikir tiada tawaran kerja bagaimana nak survive, namun saya percaya rezeki itu ada dengan izin-Nya.

"Saya pun menyara keluarga... mujur adik nombor dua tinggal dengan saya, jadi adalah peneman," ujarnya.



Dalam perkembangan lain, Yonnyboii bakal melancarkan album penuh berjudul Yonny (Deluxe Version) menghimpunkan sembilan karya dari EP terdahulu selain dua lagu baharu sebagai trek bonus, Tak Sangka dan Angel.

"Tak sangka sebenarnya dari album EP ke penuh ini, saya melancarkan di era pandemik. Bagi saya ia bukan satu kesalahan kerana di saat ini muzik kekal jadi terapi buat kita semua. Ramai yang terus mendengar muzik, selain menonton pelbagai medium hiburan.

"Saya tak kisah melawan arus. Jika ada artis yang berkira-kira nak lancarkan album, kenapa tidak saya melakukannya. Saya selesa mencabar diri melawan arus kebiasaan.



"Selama ini pun saya sering dilihat unik, sekurang -kurangnya saya ada kenangan melancarkan album pada waktu sebegini," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 7-10-2021 01:42 PM
one hit wonder..babai
Quote Suchi 7-10-2021 01:55 PM
Kenapa artis ni suka sebut dah 2 tahun takde keje
Tp bukan ke korang sempat jd penyanyi jemputan masa AJL tu? AJL baru lagi kan tahun ni ada AJL walaupun lewat.
So tak sampai 2 tahun pun lagi laaa.
Sama gak retis lain yg berlakon tu duk sebut hampir 2 tahun tak de job la rindu nak kena mekap la bagai padahal sblm PKP 3.0 tu ada je korang sempat shooting.
Quote Themilo 7-10-2021 02:21 PM

kau dengar radio lagi ke? cuba check streaming dia kat spotify, tgk berapa juta playback dia..
Quote Lula2 7-10-2021 03:03 PM
cicicumel replied at 7-10-2021 01:42 PM
one hit wonder..babai

Dia ada few lagu yg best. Bukan one hit wonder pada I. Bila u cakap one hit wonder I taktau u maksud kan lagu yg mana. Yg dengan zynakal ke?
Quote wasssup27 7-10-2021 03:15 PM
baru tahu dia couple dengan nik nazira iaitu ex gf imran jeebster dan juga aiman afiff. ehhhhh terkenal ramai pulak geng so called instafamous ni. lol.
Quote imanjannah 7-10-2021 03:28 PM
aku suka dia ni cipta lagu, best.. tapi x utk nyanyian
Quote wanawina 7-10-2021 04:27 PM
mohon dik yonni mewangi sikit. x nsem x pe. asalkan nampak kemas n wangi. sekian dari hakak.
Quote KamikuP 7-10-2021 04:39 PM
Suara unik abam suka dekk
Quote husna_amal 7-10-2021 04:57 PM
Habis tu nyanyi time lazada atau shopee show tu bukan keje ke?
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 10:09 PM
Lohhh ateeee dulu introvert ke hapeee
Takmo jumpa orang
Quote azimodin 7-10-2021 10:56 PM
Sekarang ni mmg kena guna online platform dik. Buat la youtube channel, release lagu or buat cover.sayang dik kalau kau nak tunggu semua kembali normal macam dulu.
Quote eely_shana 7-10-2021 10:59 PM
smga dipermudahkan segala urusan
Quote ashilalat 7-10-2021 11:00 PM
Boring lah citer pasal x de keje 2 tahun..nampak naw menipunyah. By the way sbb muka dia buruk, belom lagi rasa nak dgr lagu2  nya
Quote dudaberhias 8-10-2021 01:13 AM
lagu2 dia best kot.... sayang la takde job... lagipun genre lagu dia memang kurang sambutan la untuk dinner2 semua tu etc. tapi kalau club confirm laku...

cumanya iols rasa wajah heols takde market... padahal ismail izzani pun wajah lebih kurang ala2 kucing mainecoon gittew..

rasanya dia ni kena mesra lagi dengan fans macam ismail izzani... buat karakter cute depan camera... buat karakter sayu pun boleh... bubuh je caption setiap kali post rasa nak menangis... nampak kucing tepi jalan menangis... orang hulur duit sumbangan menangis... nampak makcik struggle buka tin susu pun menangis... boleh tipu satu malaysia... yang ni dah terbukti dah pun berkesan.... banyak pulak tu followers dia...
Quote NEmma 8-10-2021 04:41 AM
cicicumel replied at 7-10-2021 01:42 PM
one hit wonder..babai

You, listeners dia kat Spotify antara paling tinggi lepas Yuna & Siti Nurhaliza. New single pulak no 1 kat rim chart..
Quote supermum 8-10-2021 10:10 AM

Dia bukan one hit wonder. Cuma music dia mostly tak mainstream.
Quote ReginaGeorge 8-10-2021 12:11 PM
Kena create controversi dik, baru laku. Haaaahhhh...
Quote soulskull 8-10-2021 07:16 PM
I suka lagu2 dia sejak binge watch Budak Tebing masa MCO baru ni. Skrg tgh angau bercinta pulakkkk. Selamat maju jaya dek

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035855 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top