Surabaya: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun masih belum memiliki sijil lahir disebabkan nama diberikan terlalu panjang. Kanak-kanak itu bernama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.
Mesra dengan panggilan Cordo, kanak-kanak lelaki itu anak kepada Arif Akbar, 29 dan Suci Nur Aisyiah, 26, menetap di Desa Ngujur, daerah Bancar. Nama yang terlalu panjang itu menyebabkan Cordo masih tidak mempunyai sijil lahir walaupun sudah berusia dua tahun. "Sudah beberapa kali saya pergi ke pejabat pendaftaran kelahiran," kata Arif ketika dihubungi Detik.com.
Menurutnya, di daerah lain masih terdapat lama yang panjang namun terap diberikan sijil lahir. Katanya, pelbagai masalah untuk menguruskan anaknya itu disebabkan ketiadaan sijil lahir. "Kami menghadapi kesulitan menguruskan anak kerana di daerah lain masih ada yang diberikan sijil lahir dengan 17 aksara," katanya. Katanya, beliau masih berharap berita gembira akan diterima kerana bimbang memikirkan masa depan anak keduanya itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Kurex replied at 7-10-2021 02:09 PM
Cerita indon lagi... Demi nak capai kpi utk kelangsungan hidup yg tak seberapa tu, ambik je berita d ...
Skuau replied at 7-10-2021 02:33 PM
kalo di malesia..udahnya...dipanggil indon aja....-
Skuau replied at 7-10-2021 02:33 PM
kalo di malesia..udahnya...dipanggil indon aja....-
ADVERTISEMENT