Seorang pelajar madrasah disahkan maut manakala 17 yang lain cedera dalam satu insiden letupan di sebuah sekolah agama di wilayah Khost, Afghanistan pada Rabu, lapor Xinhua. Pegawai wilayah itu, Mawlawi Mohammad Sabir Sabari berkata, letupan berlaku di madrasah Mazharul Alum pada Rabu malam. Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang pelajar sedang sibuk untuk memusnahkan periuk api sebelum periuk api berkenaan tiba-tiba meletup. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT