CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pintu Bank Pecah Warga Asing Tertekan Pedal Minyak Ketika Nak Parking

7-10-2021 09:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4072| Komen: 11

Suasana di sebuah bank kecoh apabila sebuah Proton Persona yang dipandu lelaki warga asing merempuh dinding kaca premis berkenaan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas mangsa berusia 29 tahun tertekan pedal minyak ketika ingin meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit.



Pintu bank yang pecah selepas dirempuh oleh Proton Persona yang dipandu seorang lelaki asing pada Khamis. Foto: Ihsan PDRM

"Kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan tetapi kereta tersebut rosak di bahagian depan selain pintu bank pecah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat telekomunikasi memiliki lesen memandu antarabangsa hadir membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan dirakam percakapan.



Proton Persona yang turut rosak di bahagian depan akibat kejadian tersebut. Foto: ihsan PDRM

"Tiada elemen jenayah wujud dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-10-2021 09:26 PM
mereka pon manusia...jugok...
Quote edayildiz 7-10-2021 09:28 PM
tatutnya..pastu kena byr ganti rugi letew khen..i pun agak failed bab parking..selalu berhati2 dan beringat2..sibaikk la sejak masuk ofis ni jadi la jgk parking sbb kt ofis kena parking reverse jah semua..i xreti sgt parking yg masuk jer ke dpn..dulu asal smpai dpn ofis jer kalut call abang2 opis or akk opis mitk tlg parking..skrg ok la sikit. kalau keluar ngn adik pun adik tlg parking
Quote JohnyEnglish 7-10-2021 09:58 PM
Abg la kew?
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 10:23 PM
Haihhhhh
Macam manaaaa dia boleh dibagi kebenaran bawak?
Quote insulin 7-10-2021 10:47 PM
edayildiz replied at 7-10-2021 09:28 PM
tatutnya..pastu kena byr ganti rugi letew khen..i pun agak failed bab parking..selalu berhati2 dan b ...
i xreti sgt parking yg masuk jer ke dpn
Parking jenis apa ni?
Quote slyfynx 7-10-2021 10:49 PM
Oh, ada lesen antarabangsa. Bru nk bertanya.
BTW, tu kelebihan kete manual.
Ko salah tekan, terus kete senguk2 and enjin mati.
Quote Jitu 7-10-2021 10:56 PM
member aku pernah kena masa nak isi minyak kat pum
nak tekan brek tp tekan minyak
mujur takde sape2 kat depan

mintak jauh lah jd mcm ni
aku dah lah suka bawak auto sbb malas nak main clutch tp selalu lah jugak bawak yg manual gilir2 dgn auto
Quote edayildiz 7-10-2021 11:07 PM
insulin replied at 7-10-2021 10:47 PM
Parking jenis apa ni?

parking depan kot namanya
Quote JohnDeSouza 7-10-2021 11:37 PM
"biarlah itu rezeki mereka"
Quote akies 8-10-2021 12:22 AM
Ada lesen kt tak ni?
Mujur tk langgar orang yang berada di bank
Quote Nnasda53 8-10-2021 09:38 AM
Nasib baik tak melibatkan kecederaan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.038086 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top