Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes pemandu e-hailing menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita ketika menghantar makanan kepada mangsa. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, laporan polis berhubung kes itu yang dibuat di Balai Polis Subang Jaya diterima pihaknya kelmarin.
“Siasatan masih dijalankan berdasarkan aduan dan maklumat yang diberi pengadu selain menyemak data dalam rekod (e-hailing) serta kenderaan terlibat. “Segala maklumat diperoleh akan membantu pihak polis dalam mengesan suspek yang dipercayai merupakan seorang lelaki Melayu,” katanya kepada Kosmo! hari ini. Dalam pada itu, Abd Khalid turut mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan sebarang maklumat jenayah berkaitan kes itu menerusi nombor telefon 03-562 10343 untuk tindakan lanjut.
Pada masa sama, polis turut memberi jaminan akan menjaga segala identiti pemberi maklumat. Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita mendakwa menerima serangan seksual daripada seorang penghantar makanan apabila lelaki itu bertindak menunjukkan kemaluannya. Lelaki itu didakwa dengan sengaja membuka zip seluarnya dan menunjukkan kemaluan kepada mangsa ketika wanita itu mahu mengambil pesanan makanan. Sumber: K! ONLINE
|
Zazama replied at 7-10-2021 09:51 PM
..."seorang lelaki melayu"... Rasa malunya lahai sbb iols melayu!
edayildiz replied at 7-10-2021 10:20 PM
takde keja ke bang oi..selamat tak mknn tu euww..pervert..
tp kan mcmana nak tau kot2 la dia lupa z ...
vee_zara replied at 7-10-2021 11:05 PM
Betapa naifnya i dulu masa kerja part time cashier . Ada mamat tu lupa nak zip seluar smpai terkelua ...
ADVERTISEMENT