Seorang lelaki di Britain sanggup mendapatkan gaya rambut yang dianggap paling buruk di dunia untuk tujuan kebajikan, lapor The Sun. Stu Turner, 36, seorang kakitangan awam menggunting rambutnya dengan potongan ‘ringhead’ iaitu satu bulatan rambut nipis yang mengelilingi dagu, wajah dan kepalanya.
Turner memilih fesyen rambut itu selepas membiarkan rambut dan janggutnya memanjang ketika pandemik. Namun, gaya rambut uniknya itu dipilih oleh individu yang mendermakan wang dengan jumlah paling besar kepadanya iaitu sebanyak £316.25 (RM1,795), yang juga merupakan abangnya sendiri. “Apabila orang lain melihat idea rambut ini, mereka terkejut kerana ia merupakan gaya rambut paling teruk yang boleh dibayangkan,” katanya. Menurut Turner, dia keluar dan tidak menyangka gaya rambutnya itu mendapat perhatian yang positif. “Perkara paling pelik adalah beberapa individu tidak menyangka gaya rambut ini adalah atas tujuan kebajikan. “Mereka malah menyangka ia merupakan gaya potongan terbaharu,” katanya. Tindakan memotong rambutnya membuatkan Turner berjaya mengumpulkan dana sebanyak lebih £1,000 (RM5,678) untuk tabung Penyelidikan Kanser The Little Princess Britain. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT