Seorang bomoh lelaki dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyalahgunakan barang kemas bernilai lebih RM20,000 milik seorang peniaga nasi kukus yang diserah untuk 'dibuang sihir' pada Ogos lepas.
Majistret Sarulatha Paramavathar menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Izwan Mohd Ahmid, 34, dan memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 5 Oktober lalu. Mohd Izwan yang digelar 'Tok Wan' didakwa menyalahgunakan harta bukan miliknya iaitu 24 jenis barang kemas emas bernilai RM22,910 yang diserahkan seorang lelaki untuk tujuan rawatan. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Rantau Panjang, Jalan Kapar dekat sini, pada 9.21 pagi, 21 Ogos lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan dengan sebatan dan boleh juga didenda.
Berdasarkan fakta kes, mangsa menghubungi 'Tok Wan' pada 21 Ogos selepas disyaki mengalami gangguan misteri. Tok Wan kemudian ke rumah mangsa bersama penolongnya dan meminta semua barang kemas milik keluarga mangsa atas alasan mahu 'membuang sihir' pada barang kemas tersebut dan mangsa yang mempercayainya menyerahkan kesemua barang kemas itu. Pada 21 Sept tertuduh sekali lagi ke rumah mangsa dengan membawa satu punjut kain berwarna kuning yang dikatakan mengandungi barang kemas milik keluarga mangsa dan diberi arahan agar membukanya selepas 10 hari. Bagaimanapun, mangsa membuka punjut tersebut pada 28 Sept dan mendapati barang kemas yang terdapat di dalamnya adalah berbeza dan tiruan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur'ain Madihah Zulkifl memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal, namun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung isteri dan empat anak selain menghidap penyakit darah tinggi dan masalah prostat. Sumber: BERNAMA
|
AnnaSendin replied at 7-10-2021 11:10 PM
Ader lagi makhluk yang mintak bantuan bomoh di abad ke21. Kalau pun bukan bomoh kelentong bak citer ...
Cik_jantung replied at 8-10-2021 04:03 AM
Walaupun syikin masih ada yg percaya.. betul2 takleh nk percaya.. jadah.. tengok badan pun xleh pe ...
noor2: Yg gemok ni ke bomoh tu........
AnnaSendin: Ader lagi makhluk yang mintak bantuan bomoh di abad ke21. Kalau pun bukan bomoh kelentong bak citer doremi, tatau ker saka bomoh tuew akan mengikut ba ...
ADVERTISEMENT