CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jatuh Atas Lantai, Dagu Anak Ummi Nazeera Terbelah

8-10-2021 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5539| Komen: 18

Gara-gara terlalu seronok bermain penutup tin biskut, anak kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Ayra Aneesah yang berusia tiga tahun terpaksa menerima jahitan di dagu selepas terjatuh di lantai.


Ummi Nazeera, 28, atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin berkata Ayra dikejarkan ke sebuah pusat perubatan selepas suaminya yang juga seorang doktor iaitu Dr. Izzar Anwari mendapati luka di dagu anak mereka itu terlalu dalam.

Foto: IG
“Dia tengah main dengan penutup tin biskut dan tangan atas bekas dan lantai licin... tangan tak sempat nak lindung dagu. Dia terjatuh atas lantai dan menyebabkan dagu terbelah.

“Memang dia terus menangis la selepas jatuh. Izzar tengok dalam juga luka itu dan terus bawa ke hospital... meraung dia ketika dalam perjalanan ke hospital,” kata Ummi ketika dihubungi mStar.




Terdahulu pada Khamis, Ummi berkongsi keadaan dan gambar anaknya sedang dirawat di sebuah pusat perbuatan di Kuala Lumpur.

Pelakon berusia 28 tahun itu turut memohon doa orang ramai agar pembedahan yang dijalani anak perempuannya itu berjalan lancar.

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan doa daripada rakan selebriti dan wargamaya yang mendoakan kesembuhan Ayra.




“Alhamdulillah... pagi tadi dah selesai proses merawat dan menjahit luka di dagu dia. Buat masa sekarang ini, saya masih belum jumpa doktor lagi, jadi tak tahu berapa jahitan kena.

“Sebelum lakukan proses jahitan itu, doktor bius beri dia tidur. Selepas selesai proses itu, dia tidur saja. Tapi sekarang dah bangun dan boleh makan,” ujarnya.




Ummi mendirikan rumah tangga bersama Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017.

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018 dan Aysha Arsylia pada Jun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-10-2021 09:48 AM
Moga cpt sembuh. Kalau nak hilangkan parut kat muka baby pakai minyak apa yg sesuai uolls?
Quote miss_perfect 8-10-2021 09:58 AM
Allahu... mesti sakit.
Kesian pulakk... dah la perempuan
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 01:25 AM
Moga cepat sembuh nakkkk
Quote Cintakapuri 9-10-2021 02:54 AM
KamikuP replied at 8-10-2021 09:48 AM
Moga cpt sembuh. Kalau nak hilangkan parut kat muka baby pakai minyak apa yg sesuai uolls?

Try dermatix. Tp xtaw sesuai ke tak 4 baby
Quote KamikuP 9-10-2021 05:21 PM
Cintakapuri replied at 9-10-2021 02:54 AM
Try dermatix. Tp xtaw sesuai ke tak 4 baby

Tq yunk nanti nak carik
Quote ketupatnasi 9-10-2021 06:11 PM
Edited by ketupatnasi at 9-10-2021 06:14 PM
KamikuP replied at 8-10-2021 09:48 AM
Moga cpt sembuh. Kalau nak hilangkan parut kat muka baby pakai minyak apa yg sesuai uolls?


Brp umur tu? Kalau tade serious allergies, ada byk vit E oil sis.. Cetaphil n J&J pun ada vit E + Aloe..
Quote Qatrunnadaain 9-10-2021 06:13 PM
Awww baby girl speedy recovery!
Quote Qatrunnadaain 9-10-2021 06:14 PM
Siapa yang duduk sebelah dia dalam vellfire tu? Perempuan ke lelaki?
Quote ketupatnasi 9-10-2021 06:15 PM
Qatrunnadaain replied at 9-10-2021 06:14 PM
Siapa yang duduk sebelah dia dalam vellfire tu? Perempuan ke lelaki?

Abg umi kan..
Quote Qatrunnadaain 9-10-2021 06:22 PM
ketupatnasi replied at 9-10-2021 06:15 PM
Abg umi kan..

Oh ye ker.. jambunyaaa
Quote imanjannah 9-10-2021 06:26 PM
moga cepat sembuh ye
Quote haruslah 9-10-2021 07:36 PM
Adoi dpt rasa sakitnge
Anak pun umur cmni jatuh dagu terbelah
Tp x jahit la...mcm lekap selotep
Bertanda sampai skrg
Quote hanihan16 9-10-2021 08:03 PM
i baru tahu nama penuh dia ummi nazira nur hidayah
Quote mawarika 9-10-2021 09:46 PM
La... baru 28??? Ingat baya fazura..
Quote TerataiMelur02 10-10-2021 07:18 AM
Qatrunnadaain replied at 9-10-2021 06:22 PM
Oh ye ker.. jambunyaaa

G la melawat ig nya. Jangan kemurungan pulak
Quote Qatrunnadaain 10-10-2021 08:12 AM
TerataiMelur02 replied at 10-10-2021 07:18 AM
G la melawat ig nya. Jangan kemurungan pulak

Hahaha okay iols tak active sgt instagram migram ni hehee
Quote Vignette 10-10-2021 09:31 AM
TerataiMelur02 replied at 10-10-2021 07:18 AM
G la melawat ig nya. Jangan kemurungan pulak

Hmmm jadi laki hensem, jadi pompuan pun cantek... Duit pulak berkepok kepok
Quote Qatrunnadaain 10-10-2021 11:36 AM
TerataiMelur02 replied at 10-10-2021 07:18 AM
G la melawat ig nya. Jangan kemurungan pulak

Tera, apa nama ig adiknya? Hikss

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.058427 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top