Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham, 24, mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, di Masjid Ukay Perdana, di sini, pertengahan bulan ini.
Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah berkata, majlis itu bagaimanapun hanya diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri anggota keluarga kedua belah pihak saja. "Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan buat kami. Persiapan pun berjalan lancar dan kami turut mendapat tajaan daripada Hansmin Couture untuk baju nikah nanti. "Kami memang rancang untuk sekadar langsungkan akad nikah dengan disaksikan keluarga saja. Tiada majlis atau keraian apa-apa kerana kami mahu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Kami turut memaklumkan kepada saudara atau rakan terdekat bahawa kami tidak dapat menjemput mereka disebabkan SOP itu," katanya.
|
beta_carotene replied at 8-10-2021 10:34 AM
oo tahniah ye kome. blum kawin pun dh bertemu kopek macam laki bini.
umbut: Ayie hencem tapi kurus sangat..
ADVERTISEMENT