Seorang sosialitas dari Singapura, Jamie Chua mencuri perhatian apabila mengaku beberapa buah koleksi beg jenama mewah miliknya, Hermes, pernah menjadi 'penyelamat' sewaktu dirinya dalam fasa proses perceraian dengan bekas suaminya, Nurdian Cuaca.
Jamie yang berkahwin dengan taikun asal Indonesia selama 15 tahun dan dikurniakan dua anak itu mengaku sebelum memperoleh tuntutan nafkah dari Nurdian, dia menjual beberapa tas miliknya untuk kelangsungan hidup. Lebih tepat, Jamie mengatakan hasil penjualan beg beg tersebut dilakukan untuk menyara kehidupan dua anaknya. Ironi, Jamie kemudian menerima nafkah sebesar RM1.8 juta sebulan selepas bercerai daripada Nurdian pada 2011. Perceraian tersebut membabitkan banyak 'pergelutan' harta untuk dikongsi dan dibahagikan memandangkan Jamie dan Nurdian memiliki beberapa perniagaan secara bersama.
"Selama perceraianku, saya sebenarnya menjual banyak tas Birkin untuk memberi makan anak-anakku," ujarnya seperti dilaporkan Asiaone. Bekas pramugari itu membuat pengakuan tersebut sewaktu menjadi tetamu dalam podcast Menerusi temu bual berdurasi sekitar 48 minit itu, Jamie yang juga cukup terkenal sebagai pempengaruh berkongsi mengenai hobinya mengumpul koleksi beg dari jenama mewah tersebut. Memiliki lebih 1.2 juta pengikut di Instagram, James mengaku membeli Birkin yang pertama sewaktu berusia 31 tahun. Kesemua koleksinya disimpan dengan baik, dan setelah menjual beberapa buah, Jamie mengatakan dia masih mampu menerima pulangan yang baik.
|
ilacantik replied at 8-10-2021 01:55 PM
Heheheheh, mungkin ini agaknya idola kakpam. Patutnya kakpam collect Hermes daripada collect Chanel ...
sarahmirza: Pelik pulak...Takkan masa dia kaya raya asyik beli handbag, dia langsung takde simpan duit kat bank juta2 sampai nak makan pun kena jual handbag?
Belibis: Kelangsungan hidup marhaen untuk beli beras ,telor,kicap...kelangsungan hidup jutawan tak sama kotttt..
sarahmirza replied at 8-10-2021 02:19 PM
Pelik pulak...
Takkan masa dia kaya raya asyik beli handbag, dia langsung takde simpan duit kat ban ...
sarahmirza replied at 8-10-2021 02:19 PM
Pelik pulak...
Takkan masa dia kaya raya asyik beli handbag, dia langsung takde simpan duit kat ban ...
Belibis replied at 8-10-2021 02:33 PM
Kelangsungan hidup marhaen untuk beli beras ,telor,kicap...kelangsungan hidup jutawan tak sama kot ...
ADVERTISEMENT