Sudah hampir tiga minggu bergelar pasangan suami isteri, pasangan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tegar melayari bahtera rumah tangga dan melewati fasa perkenalan antara satu sama lain.
Berkongsi sedikit kisah menerusi wawancara di saluran radio Singapura, Ria 897 baru-baru ini, dedah Zizi, suaminya punyai cara sendiri untuk menyantuninya sebagai isteri dan wanita.
"Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat. Katanya, tak payah. "Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa. "Sebab sebelum ini pun saya tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya," katanya. Ditanya tentang siapa lebih cerewet menguruskan rumah tangga, akui Yusuf isterinya merupakan individu yang kerap memastikan kediaman mereka terurus dengan baik. "Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang 'sakit mata' bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula," ujar Yusuf. Tambah Zizi; "Kalau makan pun dia akan cuci pinggan sendiri."
Pasangan berjodoh ekspres itu mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu dalam majlis ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sumber: Gempak
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|