Sejak akhir-akhir ini, pelakon jelita Uqasha Senrose dan tunangnya Kamal Adli kerap menjadi bualan ramai apabila dikatakan pasangan kekasih ini bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Ini kerana Kamal ada berkongsi gambar Uqasha di Instagramnya ketika pelakon jelita itu berada di satu majlis parti bujang "brider shower" malam tadi sekaligus memberi petanda jelas bahawa hari bahagia mereka sudah semakin hampir. Tapi apa yang menariknya di majlis ringkas bersama ahli keluarganya itu, gelagat Uqasha menyarungkan rantai kepada sepupunya Aprena Manrose sambil bercakap dalam loghat Kelantan telah mencuit hati netizen dengan kecomelan kedua-dua pelakon ini. "Dok diam boleh dok?" kata Uqasha "Oloh dok jupo.. gelap-gelap napok dok tu, napok ko?" tanya Aprena.
"Dio dok jupo nyakut.... i jupo doh" kata Uqasha sambil disambut gelak tawa. Sejak dikongsikan di aplikasi Tiktok semalam, video itu telah mendapat 27 ribu tanda suka dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Walaupun dilahirkan di Kelantan, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen jarang menunjukkan kebolehannya bercakap loghat tempat kelahirannya itu dan loghat yang dituturkan juga dikatakan seolah loghat orang Siam. Oleh sebab itu lah peminat sangat teruja apabila sekali sekala Uqasha "belanja" cakap loghat Kelate, memang nampak comel sangat! - CARI |
bankerpencen replied at 8-10-2021 09:53 PM
OT... ungka ni memang betul natural putih ke cucuk2 je? Dulu nely dalam spaQ taklah cerah mana pada ...
Zeatyisaac replied at 8-10-2021 11:12 PM
I tak rasa diaorang bleach. Lebih kepada vitamin C kot.
I pun, orang pernah tegur semakin putih d ...
Zeatyisaac replied at 8-10-2021 11:12 PM
I tak rasa diaorang bleach. Lebih kepada vitamin C kot.
I pun, orang pernah tegur semakin putih d ...
Zeatyisaac replied at 8-10-2021 11:12 PM
I tak rasa diaorang bleach. Lebih kepada vitamin C kot.
I pun, orang pernah tegur semakin putih d ...
mohabbatein replied at 8-10-2021 03:48 PM
dorang ni ada keturunan siam selatan thai kot...
Catpaw replied at 9-10-2021 06:33 AM
Selatan thai sampai ke pesisir Buma/Myanmar memang ori melayu cuma negara je lain... tengok peta sej ...
Suchi replied at 8-10-2021 11:04 PM
Kalau ikut kajian org kelate merupakan orang melayu paling asal(anak jati) menetap di semenanjung ...
ADVERTISEMENT