CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teman Wanita Abu Ditemui Mati Berbogel !

2-12-2013 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17885| Komen: 74

Pembunuh duduk sebelah
KLANG, 2 Disember : “Saya tidak sangka itu makan tengah hari terakhir saya bersamanya. Menyesal saya biarkan dia pulang sendirian,” kata lelaki Bangladesh yang dikenali sebagai Abu, 32, mengenai teman wanitanya yang ditemui dibunuh di bilik sewanya di Kampung Kuantan, di sini, petang kelmarin.


Gambar hiasan


Dalam kejadian  jam  2.30 petang itu, mangsa berusia 31 tahun yang juga berasal dari Bangladesh dipercayai cuba diperkosa seorang lelaki berasal dari   negara sama sebelum dibunuh dengan cara mencekik dan mengelar leher mangsa dengan pisau.

Abu mendakwa ketika dia dan mangsa makan tengah hari di sebuah restoran beberapa jam sebelum itu suspek duduk di sebelah meja dan asyik memandang ke arah mangsa.


 “Selepas makan, saya meminta teman wanita pulang dulu kerana ada temu janji dengan kawan. Selesai bertemu kawan, saya pergi ke rumah teman wanita dan terkejut apabila ditolak lelaki tidak berbaju yang tiba-tiba meluru keluar dari bilik teman wanita,” katanya kepada Harian Metro.

Mengesyaki lelaki itu pencuri yang menceroboh bilik sewa teman wanitanya Abu dibantu orang ramai di kawasan itu menangkap suspek.

Menurutnya, selepas suspek ditahan, dia pulang semula ke bilik sewa teman wanitanya dan sebaik pintu bilik dibuka, dia melihat mangsa terbaring dalam keadaan berbogel dan tidak bernafas selain terdapat kesan kelar pada lehernya.


“Saya cuba melonggarkan ikatan cadar yang digunakan untuk menjerut lehernya dengan harapan dia sedar kembali,  namun semua sia-sia kerana teman wanita sudah  tidak bernyawa. Saya terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana sesak nafas akibat dijerut.      

Beliau berkata, namun hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mengesahkan mangsa tidak dirogol.



Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote d-7-0ne 2-12-2013 07:30 AM
bangla vs bangla
Quote DeMax 2-12-2013 07:34 AM
d-7-0ne posted on 2-12-2013 07:30 AM
bangla vs bangla

Depa dah murtad jadi Melayu
Quote yusryimran 2-12-2013 07:34 AM
kemain lagi dah mcm cerita tamil....
Quote dubuk 2-12-2013 07:47 AM
berkasih sayang di bumi malaysia
Quote md_nana 2-12-2013 07:50 AM
Ni kes bangla2 Sahaja....



Quote gaara_X 2-12-2013 07:56 AM
lantak ko laa......
Quote solstice 2-12-2013 08:09 AM
Gila kes jenayah la ni
Pendatang pon x ketinggalan nk tumpang sumbang masalah
Oh amannya msia
Heaven on earth
Quote aurora273 2-12-2013 08:11 AM
Kesian plak.. "Cintaku pergi di tanah asing"
Quote shernazz 2-12-2013 08:11 AM
katok bangla dolu kalo jumpa bangla dengan ulor
Quote noell 2-12-2013 08:13 AM
adaka bangla pompuan yg mai keja kat sini??
Quote purpledesire 2-12-2013 08:53 AM
kesiannya..simpati dgn nasib mangsa..
Quote amyainsamad 2-12-2013 09:03 AM
giler la....ni kes jeles ke apa???
Quote Simunggu 2-12-2013 09:07 AM
bila dia balik jumpa GF nya sedang syok syok bercengkarama..dia marah dan bunuh GF dia dan tuduh mamat yg berskandal dgn GF dia membunuh....mmmm...boleh jadi juga....
Quote rosmahisham 2-12-2013 09:08 AM
cinta 3 segi la ni kekdahnya...kwn aku ckp kalo pompuan bangla keluar dr negara derang..balik kg x de org nak kawin dah ..terus dilabel jahat walopn educated kekdahnya..typical bangla...
Quote ifanonline 2-12-2013 09:10 AM
gadis yg mati tu andartu bangla
Quote fatehana 2-12-2013 09:28 AM
kali ni bangla v bangla
kesian pulak dtg sini utk mati dibunuh
Quote siti_kus 2-12-2013 09:38 AM
takziah abu..
Quote kookie92 2-12-2013 09:45 AM
saspen la pulak baca..
Quote yayah8989 2-12-2013 09:51 AM
awek dia lak bangla ke x

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.078287 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top