“Bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia” Itulah perkongsian seorang doktor dikenali @Nur Farhaneem, yang menceritakan kisah seorang pemuda berusia 28 tahun ingin mengambil vaksin kerana ditetapkan syarat oleh bakal mak mertuanya semalam.
“Semalam ada seorang lelaki 28 tahun datang pusat pemberian vaksin (PPV) untuk cucuk vaksin. Tanya kenapa lambat cucuk, sekarang semua budak sekolah dah. Dia kata bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia,” ciapnya. Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan bakal mak mertua yang mengutamakan keselamatan anaknya yang bakal dinikahi oleh pemuda tersebut.
Setakat 7 Oktober 2021, kadar lengkap vaksinasi dalam negara bagi populasi dewasa sudah mencapai 89.1 peratus manakala 94.6 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan. Sumber: K! ONLINE
|
Adrif replied at 8-10-2021 09:06 PM
baguih makcik
jantan ka, betina ka, kalau antivax, tak payaahhhh jadi menantu
Skuau replied at 8-10-2021 04:48 PM
biar betul...boleh ke cucuk sebelum kawen...x haram ke
white_musk replied at 9-10-2021 02:58 PM
buruk perangai macam adik pun boleh jadi menantu kan asalkan bukan antivaks kekdahnya
ADVERTISEMENT