China memberi bayangan Perang Dunia Ketiga boleh berlaku ‘pada bila-bila masa’ serta memberi amaran negara ini ‘hanya menunggu masa’ merampas semula Taiwan.
China meningkatkan operasi ketenteraan di sekitar pulau itu dengan menerbangkan 150 pesawat hujung minggu lalu sebagai isyarat mempamerkan kekuatannya semasa cuti Hari Kebangsaan. Daily Mail melaporkan, negara ekonomi kedua terbesar dunia itu dilaporkan sudah bersedia melakukan pencerobohan skala penuh ke pulau berkenaaan pada 2025. Lantaran itu, Menteri Pertahanan Taiwan, Chiu Kuo-cheng memberikan amaran paling tegas semasa persidangan Parlimen yang menyifatkan Beijing ‘mempunyai kapasiti’ melakukan serangan segera. Namun katanya, China dilihat mengurangkan kos yang perlu ditanggung sebelum melancarkan serangan. “Menjelang 2025, China akan menurunkan pembiayaan dan penurunan kos ke tahap terendah. “Negara itu memiliki kemampuan, tetapi tidak akan melancarkan perang dengan mudah kerana perlu mempertimbangkan banyak perkara lain,” katanya. Kuo-Cheng menzahirkan kekecewaan terhadap hubungan ketenteraan dengan China yang disifatkan terburuk sejak tempoh 40 tahun. Amaran menakutkan itu muncul ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berusaha meyakinkan penduduk dunia bahawa beliau telah menghubungi Xi Jinping dan Presiden China itu dikatakan ‘bersetuju mematuhi perjanjian Taiwan’. Biden bercakap mengenai Akta Perhubungan Taiwan dengan AS bersetuju menjalinkan hubungan diplomatik dengan Beijing, sekiranya memenuhi syarat masa depan Taiwan diputuskan melalui perdamaian. Tindakan itu mengikat AS untuk memberi Taiwan senjata membela diri, sebagai ganti Washington tidak akan mengambil kedudukan mengenai kedau-latan pulau itu serta mengakui pulau itu milik Beijing sebagai sebahagian daripada ‘Satu China’. Panggilan terakhir Biden yang direkodkan dengan Jinping adalah 9 September lalu. White House sebelum ini tidak mendedahkan Taiwan menjadi sebahagian daripada perbincangan mereka. Sumber: Utusan
|
kakikuDibibirmu replied at 8-10-2021 04:26 PM
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis @noor2
kakikuDibibirmu replied at 8-10-2021 04:26 PM
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis @noor2
kakikuDibibirmu replied at 8-10-2021 05:19 PM
Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Friska replied at 8-10-2021 05:30 PM
Kenapa nama saya dicatut di sini? Bisa jadi Kakaka @kakikuDibibirmu dan Kakak @CiliPadiSedap orang ...
ADVERTISEMENT