Leonardo DiCaprio mendedahkan dirinya sebagai seorang peminat tegar kumpulan fenomena, BTS. Pendedahan tersebut sebenarnya diluahkan bintang Titanic itu kepada pengarah filem Parasite, Cho Yeo-jeong semasa pertemuan mereka pada malam Anugerah Oscar 2020 tahun lalu.
Baru-baru ini, giliran Yeo-jeong berkongsi perkara itu kepada umum. Menurutnya, dia sempat bertanyakan beberapa soalan kepada aktor itu antaranya mengenai kumpulan K-pop kegemarannya.
“Awalnya dia mengucapkan tahniah atas kemenangan kami. Saya pun bertanya adakah dia mengenali BTS,” ujar Yeo-jeong semasa muncul dalam program SNL Korea baru-baru Jawapan yang diberikan DiCaprio ternyata mengejutkan apabila mengakui, dia bukan sahaja mengenali BTS, malah sempat menggelarkan dirinya sebagai salah seorang Army (kelab peminat). Siapa sangka pelakon yang begitu disegani dunia berumur 47 tahun itu turut menggemari lagu-lagu nyanyian BTS seperti, Blood, Sweat, Tears dan Butter. Sumber: Kosmo
|
nakkomenjugak replied at 9-10-2021 12:15 AM
Baik ngefans big bang
ADVERTISEMENT