Ulang, hafal dan hadam prosedur operasi standard (SOP) menjelang pembukaan sempadan negeri tidak lama lagi. Pesanan itu dibuat Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berikutan hanya tinggal 0.9 peratus sahaja untuk mencecah sasaran 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin bagi membolehkan rentas negeri dibenarkan.
Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya meningkatkan penilaian kendiri dengan melaksanakan Ujian, Lapor, Maklum, Kuarantin dan Dapatkan Rawatan (TRIIS) sebelum pulang ke kampung atau pergi melancong. Sementara itu beberapa pengikutnya berkata, kit ujian kendiri masih lagi mahal dan bagi keluarga yang mempunyai anggota ramai akan menyebabkan kos yang tinggi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan aktiviti merentas negeri akan dibenarkan sebaik tahap vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus. Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 akan diumumkan bulan depan. Sumber: Suara Merdeka |
edayildiz replied at 9-10-2021 12:26 AM
euuw x aci lah sbb org yg sambut deepavali taun ni blh beraya ngn family..krismas pun blh
.bila sam ...
delia3003 replied at 9-10-2021 12:35 AM
Kan, sejak pandemik ni macam tu ler pattern. Asal raya je kena kurung, dah 2 tahun. Next year kena ...
ninja9 replied at 8-10-2021 05:03 PM
merentas negeri di ulang-ulang ni adalah godaan pentadbiran kerajaan kpd golongan yang tak nak vaksi ...
ADVERTISEMENT